Joao Felix terpaksa dikeluarkan lebih awal dalam aksi debut tidak kompetitif beliau bersama dengan Atletico Madrid. Felix mengalami kecederaan dalam aksi pemanas badan menentang Numancia.
Atletico Madrid dengan cemerlang menang 3-0 dalam perlawanan tersebut. Namun malangnya, cerita kemenangan mereka itu diganggu oleh masalah kecederaan melibatkan Joao Felix.
Pemain sensasi mereka, Joao Felix hanya dapat beraksi 28 minit di dalam perlawanan tersebut.
Joao Felix – pemain paling mahal dalam sejarah Atletico – cuba meneruskan perlawanan tersebut, namun terpaksa akur dengan kesakitannya. Felix kemudian memberikan isyarat tidak mampu meneruskan lagi perlawanan.
Joao Felix's Atletico Madrid debut lasted just 28 minutes after he was forced to limp off with a hip injury 🤕 pic.twitter.com/eXKzbAvxVV
— GOAL (@goal) July 20, 2019
Bintang muda berharga €126 juta itu dilaporkan ada kesakitan di bahagian pinggangnya. Felix kemudiannya digantikan dengan Angel Correa.
| 🙀 |
Joao Felix lasted 28 minutes before he limped out of his debut for Atletico Madrid.
📹 MARCApic.twitter.com/3DR8bmcP0P
— ELEVEN Football (@ElevenSportsFB) July 20, 2019
Angel Correa adalah pemain yang sedang dikaitkan dengan perpindahan ke AC Milan.
Selain daripada Joao Felix, pemain lain yang turut diberikan debut oleh Simeone termasuk Kieran Trippier, Mario Hermoso, Renan Lodi dan juga Marcos Llorente.
Diego Simeone pastinya tidak mahu pemain muda itu mengalami kecederaan yang serius. Ini kerana beliau mahu Felix terlibat aktif dalam pra musim ini – yang penting untuk transisi pemain tersebut.
🎥: João Félix vs CD Numancia;
Unfortunately he had to be subbed off early to prevent an injury but he looked a class above every other player while he was on the pitch. Some very good moments on his Atletico Madrid debut. https://t.co/NHc4Ult09c
— Benfica Youth (@SLBenficaYouth) July 20, 2019