Gara-Gara Menteri Sukan Campur Tangan, FAI Dapat Surat Dari FIFA & UEFA

FIFA dan UEFA telah menghantar surat rasmi kepada FA Ireland (FAI). Surat tersebut meminta penjelasan daripada FAI berkenaan dengan campurtangan kerajaan dalam urusan mereka.

FIFA dan UEFA menyatakan mereka memberikan perhatian serius berhubung dengan perkara itu.

Beberapa hari lalu FAI mengumumkan calon kerusi presiden, Donal Conway – tidak dicabar untuk pemilihan yang akan dijadualkan pada 27 Julai ini.

Oleh sebab itu Menteri Sukan Republik Ireland, Shane Ross telah menghantar surat kepada Conway dan mempertikaikan kemenangan tanpa bertanding beliau yang bakal diperoleh oleh Conway.

Ross seorang ahli politik dan sudah menjadi kebiasaan seorang ahli politik akan cuba meraih perhatian dan mahu menjadi wira dalam isu ini. Namun jelas sekali ianya kali ini tidak betul.

Ross telah meminta agar Donal Conway untuk menarik diri daripada bertanding. Ross berkata: “Bercanggah dengan komitmen ini. Anda telah dipilih sebagai presiden FAI sekali lagi. Namun kami terkejut kerana tiada pencabar.”

“Ini ibarat membelakangkan janji yang kamu telah buat – untuk mereformasi FAI.”

Kenyataan Shane Ross itu disokong beberapa ahli politik laun yang meminta Conway menarik diri daripada pemilihan itu.

Setiausaha Agung FIFA, Fatma Samoura dan Setiausaha Agung UEFA Theodore Theodoridis, telah mengeluarkan kenyataan bersama kepada Pengurus FAI Noel Mooney.

Kenyataan tersebut dengan tegas memberikan amaran bahawa tindakan campur tangan kerajaan dalam FAI akan membuatkan badan bola sepak itu digantung.

Ini akan memberikan impak kepada pasukan kebangsaan Ireland dan juga liga bola sepak mereka. FIFA dan UEFA juga kini mahu pasukan bola sepak Ireland membuktikan bahawa badan pengurusan mereka tidak dipengaruhi pihak ketiga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN