Jersi ‘Sash’ Hanya ‘Prank’, Huddersfield & Paddy Power Beri Penjelasan Yang Buat Ramai Tersentuh

Ramai yang terkena dengan gimik oleh Paddy Power dan Huddersfield sebelum ini (termasuk kami). Jika anda terkena, anda tak perlu risau kerana FA England sendiri turut terkena.

Ini kerana tarikh jersi itu dilancarkan adalah pada hari yang diumumkan Huddersfield sebagai hari pelancaran jersi rasmi.

Jersi ‘sash’ (motif selempang) sebelum ini mengundang kritikan daripada pelbagai pihak. Sehingga penyokong Huddersfield sendiri pun mengutuknya dengan sorakan ketika perlawanan persahabatan pra-musim.

Beberapa jam yang lalu, Huddersfield dan Paddy Power mengesahkan bahawa jersi tersebut adalah ‘prank’. Adakah itu benar-benar ‘prank’ ataupun satu tindakan ‘cover line’. Tidak, Paddy Power dan Huddersfield memang melakukan ‘prank’ yang sarat dengan mesej.

Gimik tersebut sebenarnya salah satu daripada kempen oleh Paddy Power -‘Save Our Shirt’(selamatkan jersi kita). Ianya langkah untuk menyokong jersi yang bersih daripada sebarang nama penaja yang tak sepatunya – dan mengembalikan jersi dengan motif warna kelab kepada penyokong.

Paddy Power mahu membina kesedaran bahawa penaja daripada rakan mereka – syarikat perjudian – semakin melampau – sejak mereka diberikan kebenaran untuk meletakkan imej komersial di hadapan jersi.

Terdapat 14 pasukan Championship dengan penaja judi di hadapan jersi mereka untuk musim akan datang.

Paddy Power juga berpendapat, jenama yang berkaitan perjudian (bookie) tidak seharusnya terlalu menonjol dalam tajaan pasukan – kerana ia akan memberikan persepsi negatif.

Lalu Paddy Power melancarkan kempen Selamatkan Jersi Kita (daripada penaja yang kurang sesuai).

Pengarah Urusan, Paddy Power, Victor Corcoran, berkata: “Penajaan dalam jersi bola sepak semakin melampau. Kami bukan menentang penajaan dalam bola sepak, tetapi, janganlah sampai mengorbankan kesucian jersi.”

“Hari ini kami menggesa penaja-penaja lain sertai kempen kami – Save Our Shirt – dan kembalikan sesuatu yang menjadi hak penyokong.”

“Sebagai penaja [daripada syarikat bookie], kita perlu tahu di mana tempat kita, dan ianya bukan di hadapan jersi pasukan bola sepak.”

Dalam video khas yang mereka hasilkan, Paddy Power menghormati sejarah kelab Huddersfield yang melahirkan legenda seperti Herbert Champman (tactician yang mencipta formai WM) dan Bill Shankly.

Video yang penuh dengan sindiran itu juga diselit dengan kata-kata: “Kami tahu, cara terbaik [syarikat judi] menaja pasukan adalah dengan tidak menaja mereka.”

Paddy Power juga menyindir bahawa suatu hari nanti – jika tidak dibendung – syarikat judi ini bakal menukar nombor pemain kepada nombor pertaruhan. Tajaan syarikat judi ini telah memberikan persepsi negatif di kalangan peminat bola sepak.

Mereka juga berjenaka dengan stereotaip bahawa syarikat judi memang suka menaja ‘underdog’. Kerana banyak kes syarikat bookie ini akan mencari pasukan kecil untuk menjalankan kegiatan mengatur perlawanan.

Sejak perlancaran jersi dengan ‘sash’ yang terpampang imej melampau syarikat Paddy Power, mereka telah mendapat tentangan daripada ramai pihak. Paddy Power teharu dengan masih ramai peminat bola sepak mempertahankan nilai dan kesucian jersi bola sepak daripada dicemari – terutama sekali imej syarikat bookie.

Paddy Power memutuskan untuk menaja jersi latihan pasukan menerusi dana yang disalurkan kepada Yayasan Huddersfield Town.

Pengarah Komersial Huddersfield, Sean Jarvis berbangga menjadi sebahagian daripada kempen ini. Beliau berkata: “Kami bangga menyokong usaha Paddy Power dalam kempen ‘Save Our Shirt’.”

“Jersi sebenar pasukan kami dilancarkan pada pagi ini. Ianya 2 hari yang sangat menarik kerana jersi itu sepatutnya dilancarkan pada Rabu. Kami harap para penyokong kami faham akan tindakan kami ini. Dan jersi sebenar dilancarkan pada hari ini.”

“Kami gembira dengan jersi ini, yang unik pada era bola sepak moden.”

“Terima kasih kepada Paddy Power, Umbro dan semua yang terlibat dengan jersi ini dan kerja keras mereka sehingga ke hari ini.”

Ramai yang tersentuh dengan kempen oleh Paddy Power ini. Walaupun mereka syarikat bookie bola sepak, mereka tetap mahu syarikat seperti mereka tidak terlalu menonjol dalam penajaan.

https://twitter.com/FootyHumour/status/1152137465018404864

Walaupun kami awalnya geram kerana terkena, tetapi kami ucapkan tahniah dan berkongsi rasa bangga dengan ‘kemenangan’ pihak ‘prankster’ – kerana ternyata kempen ini satu kempen kesedaran yang sangat baik daripada Paddy Power.

Dan kami percaya FA England pastilah yang masih bengang dengan sindiran ini kerana tidak dapat mengawal gejala penajaan seperti ini di liga utama mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN