Persembahan Elektronik & Artis Antarabangsa Antara Tarikan Sambutan Kejuaraan Ke-6 JDT

Malam ini akan berlangsungnya perlawanan minggu ke-22 Liga Super Malaysia (MSL 2019). Membuka tirai perlawanan pada minggu ini adalah perlawanan yang menemukan juara enam kali berturut-turut, JDT dan juga Terengganu.

Menariknya mengenai perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Tan Sri Dato’ Hassan Yunos di Larkin pada malam ini ialah kerana ianya bukan sekadar satu perlawanan MSL biasa-biasa.

Perlawananan menentang Terengganu FC pada malam ini turut akan menjadi perlawanan  terakhir skuad Harimau Selatan di gelanggang keramat mereka itu, sebelum Stadium Ibrahim – arena serba baharu – akan menjadi rumah baharu buat Sang Harimau Selatan.

Pada malam ini juga beberapa program telah diatur sempena kejuaraan ke-6 – atau turut digelar double hatrik – sejurus selepas perlawanan menentang Terenggan tamat.

ENAM PERKARA YANG MENYEBABKAN PENYOKONG WAJIB HADIR PADA 19 JULAI 2019

Akhirnya, Liga Super Malaysia 2019 bakal…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Thursday, July 18, 2019

Menurut sumber dari rangkaian media sosial kelab, selepas majlis penyerahan trofi Liga Super di stadium, skuad Harimau Selatan akan diarak bersama trofi di sekitar Johor Bahru dan akan mengadakan majlis sambutan kejuaraan Liga Super 2019 di Dataran Bandaraya JB.

Beberapa persembahan lain turut akan menyusul untuk meraikan kejuaraan yang dianggap bersejarah bagi bola sepak Johor.

Antaranya ialah kejutan istimewa melalui persembahan elektronik yang pasti akan memukau penyokong yang hadir, persembahan bunga api, dan juga persembahan lampu dan laser yang pasti akan menjadikan suasana ibarat pesta buat seluruh peminat dan penyokong JDT yang hadir.

LALUAN PERARAKAN BAS DARI STADIUM LARKIN KE DATARAN BANDARAYA JOHOR BAHRU

Bagi meraikan kejayaan Kelab Bolasepak Johor…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Thursday, July 18, 2019

Turut tidak ketinggalan ialah persembahan dari artis antarabangsa BOW WOW dan juga dari selebriti tempatan terkenal tanah air seperti Joe Flizzow, Amy Search, K-Clique dan Amelia Henderson.

Kejayaan JDT merangkul kejuaraan ke-6 secara berturut-turut juga akan diabadikan ke dalam Malaysian Books of Records, dan untuk itu anugerah turut akan diserahkan pada majlis dan malam yang sama.

Pelbagai aktiviti menarik lain turut disediakan buat penyokong seperti cabutan bertuah, persembahan buskers dan juga pertunjukan oleh football freestylers.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN