PSG Ajak Neymar Buat Pusingan U Bersama-Sama

Neymar

Neymar dilaporkan sudah berjumpa dengan pihak pengurusan tertinggi PSG. Dan pemain antarabangsa Brazil itu menyatakan beliau mahu keluar daripada kelab itu.

Walaubagaimanapun Neymar tidak menyatakan destinasi pilihan beliau. Semua orang yakin bahawa Barcelona merupakan destinasi pilihan beliau.

Neymar juga membuat kontroversi dengan memuat naik video klip jersi Barcelona di kiriman media sosialnya. Seterusnya beliau menyatakan kenangan terindah dalam karier bola sepak beliau adalah ketika membabru Barcelona membelasah PSG 6-1.

Namun selepas pertemuan itu, Pengarah Sukan Barcelona Leonardo -walaubagaimanapun menyatakan mereka berharap pemain itu mengubah fikiran beliau. Sebelum ini Leonardo meletakkan Neymar untuk dilepaskan. Ianya jelas sekali satu pusingan U oleh PSG.

Pemilik PSG – Nasser Al Khelaifi sebelum ini sudah memberikan amaran tidak mahu melayan sikap diva Neymar. Itu yang membuatkan Neymar marah dan mahu pulang ke Barcelona.

Menurut Bryan Swanson dari Sky Sports: PSG mahu Neymar kembali fokus kepada komitmennya dengan PSG.

Seterusnya PSG hanya akan melepaskan Neymar dengan tawaran harga yang mereka rasakan cukup bagus.Jadi secara tak langsung PSG turut mengajak Neymar bersama-sama membuat pusingan U.

PSG memberitahu Neymar: jika ada kelab yang serius dengan pemain itu, PSG mengutamakan tawaran dengan bayaran wang + permain. Dikatakan PSG mahukan harga lebih €222 juta untuk Neymar. Nilai yang mereka bayar untuk membeli Neymar dahulu.

https://twitter.com/skysports_bryan/status/1150876431842516993?s=19

Buat masa ini PSG masih tidak menerima sebarang tawaran rasmi untuk Neymar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN