Semalam – selepas Barcelona mengumumkan perpindahan Antoine Griezmann – Atletico Madrid terus memuat naik kenyataan media bahawa mereka merasakan Barcelona masih berhutang dengan mereka €80 juta.
Barcelona dan Griezmann mengaktifkan klausa pelepasan bernilai €120 juta. Ianya angka pada klausa pelepasan selepas 1 Julai 2019.
Namun Atletico mendakwa Barcelona perlu membayar €200 juta, klausa pelepasan sebelum 1 Julai 2019 – kerana Griezmann dan Barcelona ada melakukan perbincangan pintu belakang sebelum tarikh itu.
David Sanchez menerusi Radio Catalunya menyatakan bahawa pihak Atletico Madrid ada bukti bahawa Barcelona dan Griezmann menandatangani perjanjian pintu belakang – pada Mac lalu.
Perkara ini pernah didedahkan oleh Atletico menerusi siaran media rasmi mereka. Dan Atletico bertindak menolak untuk berbicang dengan Barcelona. Mereka mengarahkan Griezmann kembali berlatih.
Namun kepada pembaca yang masih kurang jelas tentang situasi Griezmann. Atletico tiada dapat mengawal perpindahan mana-mana pemain mereka apabila klausa pelepasan diaktifkan.
Cuma situasi sekarang, Atletico tidak menerima €120 juta daripada Barcelona, kerana percaya perjanjian di antara Barcelona dan Griezmann dimuktamadkan lebih awal – tanpa melalui Atletico yang merupakan pemilik kepada Griezmann.
“Atletico Madrid adan bukti dokumen bertarikh 9 Mac di mana kontrak ditawarkan Barcelona telah ditandatangani Griezmann. Kelab akan cuba menyelesaikan perkara ini.”
“Atletico Madrid kecewa dengan profesionalisme Oscar Grau [CEO Barca] dalam pertemuan itu.”
🔥 CAS GRIEZMANN 🎙️ @David74Sanchez:
🔊 "L'Atlètic de Madrid té documents que acrediten que el 9 de març es va firmar un contracte entre el Barça i Griezmann. El club anirà fins al final"
🔊 "A l'Atlètic de Madrid li va molestar l'actitud d'Òscar Grau a la reunió"#TotCosta pic.twitter.com/3AnlPyZzSH
— Tot costa (@totcosta) July 12, 2019
Atletico Madrid akan membawa perkara ini ke muka pengadilan. Mereka mendakwa mereka berhak mendapat bayaran €200 juta untuk Griezmann.
Adakah benar Atletico memiliki bukti tersebut? Sama-sama kita nantikan kesudahan cerita ini.