Virus Influenza: Perlawanan JDT Bertemu PJ City FC Ditunda Ke 16 Julai

JDT

Permohonan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menunda aksi bertemu Petaling Jaya City FC yang dijadualkan berlangsung malam esok diterima Malaysian Football League (MFL).

Keputusan tepat itu dibuat MFL selepas mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan berikutan penularan virus Influenza yang melanda skuad JDT ketika ini.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan JDT semalam, seramai 10 orang pemain utama skuad juara Liga Super enam tahun berturut-turut itu telah diuji positif.

MFL yang cakna dengan permasalahan tersebut telah meminda tarikh perlawanan tersebut kepada 16 Julai 2019 (Selasa). Keputusan itu telah dipersetujui kedua-dua pasukan.

Kredit foto: JST

Badan pengelola liga itu juga bimbang Influenza yang merupakan sejenis penyakit berjangkit melalui saluran pernafasan itu akan memberikan impak negatif sekiranya aksi di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos diteruskan.

Malah mereka berpendapat ia akan memberikan impak negatif kepada persekitaran perlawanan serta mungkin akan berjangkit kepada orang ramai.

Dalam pada itu, Kuala Lumpur yang akan bertemu JDT pada 14 Julai turut memberikan kerjasama yang cukup baik setelah bersetuju untuk beraksi sehari lebih awal untuk memberikan tempoh rehat dua hari buat skuad Harimau Selatan sebelum bertemu PJ City FC pada 16 Julai.

Menurut MFL lagi, ini bukan pertama kali insiden seumpama ini berlaku di mana pihak Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Jun 2014 telah menunda perlawanan Liga Premier di antara Perlis dan UiTM FC selepas 14 pemain Perlis diserang penyakit cirit birit.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN