Messi Berhadapan Hukuman Gantung 2 Tahun Akibat Komen Liar CONMEBOL Terima Rasuah

Lionel Messi enggan naik ke pentas bersama skuad Argentina yang lain untuk menerima medal tempat ketiga Copa America 2019, sebelum menempelak CONMEBOL mengamalkan rasuah selepas menerima kad merah dalam perlawanan menentang Chile dalam perlawanan penentuan tempat ke-3 Copa America.

Kapten Argentina itu turut mengkritik pengadil perlawanan yang mengendalikan perlawanan menentang Brazil di separuh akhir, selain sebelum itu turut menuduh keadaan padang sebagai salah satu punca Argentina gagal menampilkan persembahan terbaik di kejohanan rantau Amerika Latin ini.

Malah Messi turut menyindir tuan rumah, apabila beliau berkata agar Peru diberikan peluang sebaiknya untuk bersaing di pentas final secara adil – setelah mendakwa seluruh kejohanan sebenarnya sudah diatur untuk Brazil.

Antara Artikel yang boleh disabitkan terhadap komen liar Messi.

Komen daripada Messi itu berkemungkinan akan menyebabkan pemain tersebut menerima hukuman daripada CONMEBOL.

Dalam buku peraturan milik badan induk bola sepak Amerika Selatan itu, dengan jelas menyatakan tidak membenarkan mana-mana pihak menyerang CONMEBOL dengan apa cara pun – sama ada di peringkat institusi atau individu.

Artikel tersebut turut menggariskan perbuatan sedemikian boleh menyebabkan pelaku dihukum gantung selama 2 tahun.

Messi boleh terlepas aksi di pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar, dan juga Copa America 2020 dimana Argentina dan Colombia tampil sebagai tuan rumah bersama.

Kritikan terbuka oleh Messi sebelum ini memaksa CONMEBOL mengeluarkan kenyataan untuk menafikan tuduhan, dan menganggap kenyataan dari pemain itu sebagai ‘tidak boleh diterima’.

“Ada beberapa tuduhan tidak berasas dan tidak benar dilakukan sehingga meletakkan kejohanan Copa America kini dipersoalkan prestijnya.”

 

“Tuduhan-tuduhan liar seperti ini adalah menunjukkan rasa tidak hormat kepada kejohanan ini, kepada pemain-pemain yang mengambil bahagian dan juga beratus-ratus lagi orang profesional dalam CONMEBOL yang bekerja keras sejak 2016 untuk memastikan organisasi ini telus, profesional, dan mampu memajukan bola sepak di Amerika Selatan.”

Secara teknikal tindakan Messi itu sudah boleh dianggap sebagai satu kesalahan. Namun adakah CONMEBOL berani mengambil tindakan terhadap pemain berprofil tinggi seperti Messi masih menjadi satu tanda tanya. Apatah lagi untuk menggantung pemain itu selama dua tahun daripada bola sepak antarabangsa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN