Previu MSL 2019: Felda United Buru Nyawa, Selangor Sasar Terus Panjat Kedudukan

LS19 menutup tirai dengan perlawanan terakhir membabitkan Felda United menentang Selangor di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka pada malam ini.

Apa yang perlu kita tahun mengenai perlawanan pada malam ini?

Felda United buru mata

Secara teknikal, sesebuah pasukan memerlukan minimum 22 mata untuk memastikan diri mereka kekal di saingan Liga Super Malaysia pada musim hadapan. Berdasarkan kedudukan terkini, itu adalah perkara yang sukar buat The Fighters.

Selain daripada menduduki tangga tercorot dan berada di zon penyingkiran, Felda perlu mencari sekurang-kurangnya 10 mata untuk memastikan mereka kekal bersaing di MSL 2019 pada musim hadapan. Berita baiknya ialah Felda mempunyai baki lima perlawanan – kelebihan dua perlawanan – berbanding dua lagi pasukan yang bersaing untuk mengelak dari disingkirkan, iaitu Kuala Lumpur dan juga PKNP FC.

FOTO: Felda United

Oleh kerana itu, Nidzam Jamil perlu memastikan barisan pemain sedia ada perlu memberikan fokus sepenuhnya untuk mencari sebanyak mata mungkin bermula dengan perlawanan bertemu Selangor pada malam ini. Perkara itu tidak mustahil mengambil kira rekod mereka yang agak baik menentang lawan mereka itu dalam dua perlawanan (termasuk Piala FA) pada musim ini.

Selangor impi kedudukan terbaik

Selangor pula boleh mengambil kemenangan 5-2 ke atas Pahang pada minggu lalu sebagai tonik memburu tiga mata penuh dalam perlawanan pada malam ini.

Secara matematik, naib juara MSL 2019 masih lagi terbuka dan Selangor adalah salah satu pasukan yang masih mampu mengakhiri saingan di belakang JDT pada musim ini. Kemenangan akan melonjakkan skuad Red Giants ke tangga ke-3, dua mata di belakang Pahang yang beraksi kurang satu perlawanan.

FOTO: FA Selangor

Namun demikian Selangor tidak boleh tersilap langkah. Dua perlawanan liga dan Piala FA menentang lawan yang sama  di Shah Alam pada musim ini, ia berakhir dengan seri dan kekalahan. Kali ini anak buah B. Sathianathan akan berkunjung ke arena lawan.

Taktikal pasukan

Skuad kendalian Nidzam Jamil kebiasaannya beraksi dengan formasi 4-3-3/ 4-1-4-1. The Fighters gemar bertahan, sebelum melakukan serangan balas pantas ke kubu lawan. Serangan balas pantas itu adalah senjata utama mereka pada musim ini.

Di bahagian serangan, Hadin Azman dan S. Chanturu akan terus disandarkan harapan untuk melakukan gerakan. Namun demikian, barisan serangan yang diketuai oleh Kei Ikeda atau pun Azim Rahim perlu lebih klinikal di hadapan gawang jika Felda mahu mengimpikan sesuatu dari perlawanan ini.

Hadin Azman meraikan jaringan penyamaan ketika bertemu Selangor di Stadium Shah Alam.

Selangor di bawah bimbingan B. Sathianathan juga gemar beraksi dengan formasi 4-1-4-1. Ifedayo Omusimi akan terus menjadi senjata utama Red Giants, dan Sandro akan beraksi sebagai No.10 di belakang pemain ini.

Kelibat Khyril Muhymeen turut akan menjadi tumpuan untuk memburu jaringan pada malam ini, setelah beliau mencetak nama sebagai penjaring dalam dua perlawanan terdahulu.

Ifedayo Olesegun. FOTO: FA Selangor/Asiana

Rekod perlawanan

  • 16.04.2019 Selangor 1-2 FELDA United (Piala FA)
  • 3.02.2019 Selangor 1-1 FELDA United (Liga Super)
  • 26.07.2017 FELDA United 3-1 Selangor (Liga Super)
  • 17.02.2017 Selangor 3-1 FELDA United (Liga Super)
  • 26.07.2017 Selangor 1-2 FELDA United (Liga Super)

Ramalan Semuanya BOLA

Berbanding dua pertemuan terdahulu membabitkan kedua-dua pasukan musim ini, situasinya berubah kali ini. Selangor kini tampil lebih meyakinkan, tatkala Felda pula sebaliknya.

Namun jika ada perkara positif yang Felda boleh ambil apabila beraksi di tempat sendiri ialah kerana pasukan ini hanya tewas 3 kali dari 11 perlawanan dalam semua kejohanan di Jengka pada musim ini. Mampukah Felda mengejutkan Selangor?

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.
Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun. Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan previu-previu menarik sebelum perlawanan bermula. Terus setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN