Martin Odegaard Sertai Real Sociedad Secara Pinjaman Dari Real Madrid

Masihkah anda ingat dengan Martin Odegaard? Pemain muda yang mencipta nama pada usia 16 tahun dengan menyertai Real Madrid ketika itu.

Ya, beliau masih di Real Madrid dan kini berada dalam proses untuk membangunkan karier beliau.

Gambar: Pundit Feed

Menurut Squawka, Odegaard kini memilih untuk menyertai kelab La Liga iaitu Real Sociedad secara pinjaman selama semusim.

Hal ini kerana, beliau masih mahu menimba pengalaman dengan mendapatkan minit beraksi dalam pasukan lain sebelum cuba menembus masuk ke skuad Real Madrid.

Sebelum ini, pemain muda itu sudah menjalani sesi pinjaman selama 2 kali bersama kelab dari Eredivisie di Belanda.

Beliau pertama kalinya dipinjamkan ke SC Heerenveen yang ketika itu Odegaard dilihat mempunyai waktu sukar sewaktu bermain di sana.

Namun begitu, situasi itu dilihat berubah selepas pemain itu dipinjamkan sekali lagi ke Belanda untuk menyertai Vitesse Arnhem.

Di sana, Odegaard berjaya mendapatkan 11 gol dalam 39 perlawanan beliau.

Untuk kali ini, beliau memilih untuk beraksi bersama Real Sociedad bagi menyesuaikan diri dengan corak permainan di La Liga pula.

Odegaard dilaporkan memperoleh perhatian dari beberapa kelab di Eropah yang mahukan khidmatnya seperti Ajax Amsterdam dan juga Bayer Leverkusen.

Namun begiu, beliau memilih untuk kekal di Real Madrid walaupun kini kontraknya sudah tinggal setahun sahaja lagi.

Beliau menyertai Real Madrid pada tahun 2015 yang pada ketika itu menurut Carlo Ancelotti ianya hanyalah sekadar gimik pemasaran sahaja oleh pihak kelab.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN