AFCON 2019: Gol Tunggal Mane Bantu Senegal ke Suku Akhir

Malam tadi telah berlangsungnya perlawanan pusingan 16 terbaik untuk AFCON edisi 2019. 2 perlawanan telah diadakan Kaherah, Mesir.

2 perlawanan ini merupakan perlawanan awal pusingan 16 terbaik yang diadakan setelah berakhirnya peringkat kumpulan.

Senegal melonjak

Mane meraikan jaringannya untuk membantu Senegal menewaskan Uganda 1-0. Sumber: CAF

Pasukan tumpuan ramai, Senegal berjaya ke suku akhir. Mereka menewaskan Uganda dengan hanya satu jaringan.

Sadio Mane menjaringkan satu-satunya gol pada minit ke-15. Gol itu menjadi bekalan Senegal sehingga tamat masa permainan.

Uganda banyak kali mengasak namun tidak dapat menemui sebarang gol. Namun Senegal yang dipenuhi pemain bintang berjaya mempertahankan gol tunggal tersebut.

Senegal semalam menurunkan Cheikou Kouyate selaku kapten. Idrissa Gueye dan Lamine Gassama juga turun beraksi pada perlawanan malam tadi.

Maghribi tersingkir

Pemain Benin meraikan gol perlawanan semalam. Sumber: CAF

Kejutan telah berlaku apabila Maghribi tewas kepada Benin. Moise Adilehou menjaringkan gol untuk Benin pada minit ke-53.

Youssef En Nesyri menyelamatkan maruah Maghribi seketika tatkala menyumbat gol penyamaan sewaktu minit ke-76.

Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat masa sebenar. Apabila perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan, kedua-dua pasukan tidak dapat menemui sebarang gol kemenangan.

Pengadil perlawanan memutuskan untuk melanjutkan perlawanan ke sepakan penalti. Dua pemain Maghribi, Sofiane Boufal dan Youssef en Nesyri gagal menjaringkan penalti.

Maka, keputusan sepakan penalti memihak kepada Benin dengan 4 berbalas 1.

Aksi seterusnya

Nigeria dijadualkan akan menentang Cameroon pada perlawanan hari ini. Ramai mengatakan ia merupakan perlawanan tumpuan untuk fasa 16 terbaik ini.

Tuan rumah, Mesir akan turun menentang Afrika Selatan juga pada hari ini. Untuk perlawanan suku akhir, Senegal telah diundi menentang Benin.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN