FIFA Singkirkan Macau Daripada Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022

Badan induk bola sepak dunia, FIFA telah membuat satu keputusan drastik ke atas Macau. Pasukan dari wilayah pentadbiran khas China itu sah disingkirkan daripada saingan kelayakan Piala Dunia 2022.

Terima rujukan AFC

FA Macau sebelum ini tetap dalam pendiriannya enggan beraksi di Sri Lanka untuk perlawanan timbal balik. Walaupun FA Sri Lanka, kerajaan negara itu dan AFC sendiri dilaporkan memberi jaminan keselamatan kepada skuad Macau.

Malah, para pemain kebangsaan Macau sendiri meluahkan bahawa mereka sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk membiayai perjalanan ke Sri Lanka. Tetapi tawaran itu ditolak oleh persatuan bola sepak tersebut.

Tambah parah apabila ada pemain menyuarakan ingin memboikot panggilan ke skuad kebangsaan. Selain itu, terdapat satu perlawanan domestik di wilayah tersebut telah mencatatkan rekod 39 gol sebagai simbol protes terhadap FA Macau.

Didenda

Pemain Macau semasa kejayaan perlawanan pertama untuk kelayakan Piala Dunia 2022. Sumber: AFC

Selain disingkirkan daripada saingan, FIFA mengambil keputusan untuk mengenakan denda kepada FA Macau. FA Macau didenda dengan amaun sebanyak 10 ribu Swiss Franc.

Selain itu, Sri Lanka diberikan kemenangan percuma dengan skor 3-0. Akhirnya, Sri Lanka layak melangkah ke pusingan seterusnya menerusi agregat 3-1.

Ternyata sia-sia sahaja usaha Macau yang menang perlawanan pertama dengan gol tunggal. Sri Lanka telah diletakkan dalam Balang 5.

Nampaknya FIFA benar-benar bertegas dalam menangani isu sebegini. Cuma, ada satu pengajaran harus dipertimbangkan.

Sekiranya ada sesebuah negara masih dikhuatiri bergolak, eloklah perlawanan antarabangsa itu dipindahkan ke negara lain tanpa kompromi.

Nyawa memang harus diutamakan daripada keputusan bola sepak di padang!

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN