Amerika Syarikat memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri dengan menewaskan lawan mereka pada suku akhir Gold Cup. Mereka bermain baik di hadapan puluhan ribu penyokong di Philadelphia pagi tadi.
Hanya satu sahaja
Gol tunggal Weston McKennie menjadi garis pemisah antara Amerika Syarikat dengan Curacao. Gol itu hadir pada minit ke-25.
Amerika Syarikat turun dengan kehadiran Christian Pulisic dan Gyasi Zardes. Namun begitu, mereka hanya dapat mempunyai 11 percubaan rembatan, kurang 2 daripada Curacao.
Curacao boleh berbangga dengan aksi terbaik mereka dalam kempen Gold Cup kali ini.
Jarak Jamaica
Sebelum perlawanan antara Amerika Syarikat menentang Curacao, Jamaica terlebih dahulu bertembung dengan Panama. Perlawanan itu turut diadakan di Philadelphia.
Tiada gol dijaringkan pada separuh masa pertama. Namun begitu, bola telah terkena salah seorang pemain Panama, Michael Murillo. Pengadil perlawanan telah menghadiahkan sepakan penalti untuk Jamaica.
Darren Mattocks menjaringkan penalti untuk Jamaica pada minit ke-75. Satu-satunya gol itu telah menjadi faktor kemenangan Jamaica.
Jamaica dijadualkan akan menentang Amerika Syarikat pada 3 Julai untuk perlawanan separuh akhir.
Elak Mexico
Mexico pula akan berhadapan Haiti pada 2 Julai bagi satu lagi aksi separuh akhir.
Nampaknya, ada potensi perlawanan akhir akan menemukan Amerika Syarikat bertembung Mexico. Perlawanan panas barangkali?