Pesta Futsal Rakyat 2019 Jelajah Empat Buah Negeri, Tawarkan Hadiah Terkumpul Bernilai RM200,000

Pasukan futsal di seluruh negara berpeluang untuk membuktikan kehebatan sekaligus merebut hadiah lumayan berikutan penganjuran Pesta Futsal Rakyat 2019 – Piala Tun Dr. Mahathir Mohamad 2019.

Kejohanan yang bakal dianjurkan Futsal.Asia itu akan menjelajah ke Pahang, Kedah, Selangor dan Johor dalam mencari pasukan-pasukan hebat untuk bertanding di peringkat ‘Grand Final’ pada 31 Ogos dan 1 September nanti.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu kategori Bawah 12 tahun, Bawah 16 tahun dan Terbuka bagi lelaki. Manakala kejohanan Terbuka wanita pula akan terus diadakan sewakti peringkat ‘Grand Final’ yang diadakan di Uptown Sports, Bangi.

Kejohanan yang mendapat naungan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu dijangka berlangsung sepanjang dua bulan itu mendapat sokongan padu daripada Kementerian Belia dan Sukan serta MYEG Services Berhad (MYEG) selaku penaja utama.

Pengarah Eksekutif MYE.G Services Berhad, Y.H.M Dato’ Haji Raja Munir Shah Raja Mustapha mengakui gembira kerana pihaknya dapat memberikan sokongan dalam memberikan peluang buat bakat baru untuk menonjolkan potensi mereka.

“Acara sukan seperti ini merupakan cara terbaik mempromosikan sukan seperti futsal dan dalam masa yang sama memberi ruang kepada bakat-bakat baru menonjolkan potensi mereka.”

”Dari pihak MYEG, kami gembira kerana dapat memberikan sokongan kepada usaha memupuk semangat kesukanan yang akan melahirkan pemimpin muda yang berpotensi dan menyumbang
secara positif kepada masyarakat,”

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Eksekutif Futsal.Asia, Pravin Nair melihat kini adalah masa yang sesuai untuk memberikan pengiktirafan terhadap sukan futsal dan beberapa sukan lain yang turut serta pada kejohanan anjuran mereka ini.

“Kami percaya, sudah tiba masanya untuk sukan Futsal, ‘Freestyle’, ‘Panna’ dan E-Sukan wajar mendapat pengiktirafan. Walaupun begitu popular dalam kalangan rakyat, namun ia kurang diberi perhatian oleh media arus perdana.”

”Kami berharap melalui penganjuran pertandingan ini, kita dapat membantu meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia di samping menghimpunkan rakyat bersama memeriahkan pesta yang berlangsung selama dua bulan ini,”

Antara kelainan pesta ini adalah penerapan terhadap aspek digital yang turut akan melibatkan pasukan yang bertanding.

Untuk meningkatkan lagi pengalaman menarik di pesta, kejohanan ini akan memperkenalkan proses pendaftaran berasaskan aplikasi sepenuhnya melalui aplikasi mudah alih “Tournamentor”
Futsal.Asia, memberikan kemaskini secara langsung kepada peserta mengenai keputusan pertandingan dan kedudukan semasa pasukan.

Setiap pasukan akan diberikan kod QR dan setiap pemain akan dibekalkan gelang tangan RFID yang mempunyai maklumat profil pemain yang lengkap, mengesan kehadiran dan pergerakan
pemain keluar masuk pemain di setiap gelanggang dan juga turut digunakan untuk peserta menebus barangan melalui pembaca kod.

Pesta Futsal Rakyat 2019 – Piala Tun Dr Mahathir Mohamad turut ditaja oleh Ekovest Berhad, Berjaya Corporation Bhd, Conquest, aL-ikhsaN Sports, 100PLUS, Ice Mountain, dengan kerjasama bersama Malaysian Football Freestylers & Gamesbond dan Picasso Media Sdn. Bhd. sebagai agensi media rasmi.

Untuk sebarang keterangan lanjut, anda boleh melayari www.pestafutsalrakyat.com dan rujuk kepada poster diatas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN