Setelah beberapa minggu, saga perpindahan Aaron Wan-Bissaka akhirnya menemui konklusi. Red Devils mengesahkan bahawa bek kanan itu sebagai pemain terbaru mereka.
Pengumuman rasmi perkara itu sudah pun dibuat oleh kelab menerusi media rasmi.
It's official — @AWBissaka is a Red 🔴 #MUFC
— Manchester United (@ManUtd) June 29, 2019
Wan Bissaka setuju dengan kontrak 5 tahun di United dengan klausa khas lanjutan setahun.
Manchester United dilaporkan membayar nilai perpindahan Aaron Wan-Bissaka dari Crystal Palace dengan nilai £50 juta. Wan-Bissaka akan menerima gaji sekitar £80,000 seminggu di Old Trafford.
Ini juga bermakna Aaron Wan-Bissaka menjadi pemain ke-4 termahal dalam sejarah Manchester United.
Aaron Wan-Bissaka becomes @ManUtd’s fourth most-expensive signing of all time 💰 pic.twitter.com/osVCfUGZpq
— B/R Football (@brfootball) June 29, 2019
Ole Gunnar Solskjaer menjadikan Aaron Wan-Bissaka sebagai sasaran utama beliau dalam perpindahan kali ini – sebagai langkah untuk memperbaiki aspek defensif Manchester United.
Solskjaer berkata: “Aaron salah seorang pemain pertahanan terbaik Liga Inggeris dalam masa yang datang. Beliau ada sikap yang tepat, bakat, dan mentaliti untuk bermain di Manchester United. Beliau menepati ciri-ciri yang kami cari untuk dibawa ke dalam skuad dan membantu kami memperbaiki prestasi dan terus meningkat lebih lagi.”
“Aaron adalah pemain muda yang ‘dahaga’, pemain yang bersemangat untuk belajar. Itu sangat penting untuk pemain pada usia beliau. Saya teruja beliau menyertai kita dan sudah tidak sabar untuk meneruskan proses pembangunan beliau yang luar biasa setakat ini.”
Aaron Wan-Bissaka gembira dengan hari beliau sah menjadi pemain Manchester United. Beliau berkata: “Ianya perasaan yang sukar dipecayai untuk diberikan penghormatan bergelar pemain Manchester United. Sesuatu yang saya tahu, tak ramai pemain yang ada penghormatan dengan gelaran itu.”
“Saya sudah tidak sabar untuk menyertai skuad ini. Saya akan bercuti pendek selepas kejohanan belia Eropah. Namun saya tidak sabar untuk memulakan sesi latihan dengan pengurus dan rakan sepasukan yang baru.”