Copa Amerika 2019: Argentina Singkir Venezuela Untuk Ke Separuh Akhir

Gol jaringan Lautaro Martinez dan Giovani Lo Celso memastikan Argentina menewaskan Venezuela untuk mara ke separuh akhir bertemu pasukan tuan rumah, Brazil.

Jaringan minit ke-10 Martinez adalah yang ke-6 dari 10 penampilan antarabangsa pemain tersebut, selepas Argentina memulakan perlawanan dengan agresif sejak wisel permulaan.

Argentina kemudiannya mula memperlahankan rentak pada babak kedua perlawanan, sebelum Lo Celso menghukum kesilapan penjaga gol Venezuela, Wuilker Farinez untuk memastikan kemenangan mutlak di Maracana – stadium di mana Argentina tewas kepada Jerman di perlawanan akhir Piala Dunia 2014.

Kemenangan ini juga bermakna impian Lionel Messi untuk memenangi kejuaraan pertama di pentas antarabangsa masih kekal, namun kini berhadapan laluan sukar kerana harus berhadapan dengan pasukan tuan rumah yang juga merupakan seteru terbesar Argentina di bola sepak Amerika Selatan, iaitu Brazil.

Martinez bergandingan dengn baik bersama Sergio Aguero di bahagian serangan apabila memulakan ancaman dengan melakukan hantaran berbahaya kepada penyerang Manchester City itu yang memaksa bola diselamatkan Farinez dengan menggunakan kaki.

Kemudian, giliran gerakan set pieces daripada Lionel Messi dan Leandro Paredes untuk memberi masah kepada Venezuela. German Pezzella sepatutnya membuka gol pertama perlawanan apabila tidak dikawal di dalam kawasan penalti lawan, namun gagal berbuat demikian – sebelum Martinez memastikan Argentina mendapat gol awal untuk mendahului 1-0.

Bintang Inter Milan itu menyempurnakan backheel menarik selepas Aguero gagal melakukan sepakan. Venezuela kemudian menerima dua kad kuning, apabila kapten pasukan Thomas Rincon dan Yangel Herrera dilayangkan kad oleh pengadil – petanda Venezuela mulai rapuh.

Jhon Chancellor terlepas peluang terbaik menyamakan kedudukan buat mereka pada minit ke-40 perlawanan, sebelum pemain pertahanan, Roberto Rosales kemudiannya menyelamatkan Venezuela untuk terus ketinggalan apabila berjaya menghalang Martinez sekali lagi menjaringkan gol.

Perubahan taktikal Venezuela yang memasukkan pemain sayap, Yeferson Soteldo untuk menggantikan pertahanan tengah Luis Del Pino membenarkan mereka menekan Argentina di babak kedua perlawanan untuk memburu gol penyamaan.

Tindakan Scaloni mengeluarkan Martinez dan Acuna pula langsung tidak membantu.

Namun kegagalan penjaga gol muda Farinez menangkap kemas percubaan Aguero, membenarkan Lo Celso memastikan kemenangan buat Argentina pada minit ke-74 perlawanan.

https://youtu.be/F-HFEU6UQAU

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN