Igor Zonjic Sedia Sarung Semula Jersi Terengganu FC Jika Dipanggil

Pemain pertahanan tengah dari Serbia, Igor Zonjic sedia kembali semula ke Liga Malaysia untuk menyarung jersi Terengganu FC jika mendapat panggilan rasmi daripada Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Sebelum ini, beliau ditamatkan kontrak ekoran prestasi yang kurang memuaskan dan digantikan dengan pemain dari Brazil, Luis Gustavo Camilo ketika jendela perpindahan kedua Liga Malaysia dibuka pada bulan lepas.

Bagaimanapun, hasrat penyokong skuad penyu untuk melihat aksi Camilo tidak menjadi kenyataan kerana gagal memperolehi Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC).

“Hati saya masih dengan pasukan Terengganu FC (TFC). Jika pasukan itu masih lagi mahukan khidmat saya, saya sedia beraksi bersama skuad itu,” kata Zonjic dalam Berita Harian.

Zonjic yang menyertai skuad Terengganu FC sejak tahun 2018 masih belum mempunyai pasukan baharu ketika ini dan sentiasa mengikuti perkembangan bekas pasukannya di laman sosial.

“Saya selalu mengikuti berita dan perkembangan pasukan Terengganu, sudah tentu saya ingin kembali dengan pasukan, bagi saya ia adalah kesilapan yang mereka (PBSNT) lakukan kerana gugurkan saya.

“Bagaimanapun, saya masih ingin kembali bermain untuk TFC kerana saya tidak dapat lupa segala jasa diberikan kepada saya termasuk persatuan, pasukan, penyokong, negeri dan negara Malaysia.

“Jika persatuan menghubungi saya, saya akan datang segera dan bermain untuk saingan Piala Malaysia tanpa perlu dibayar sebaliknya bagi peluang untuk buktikan saya tidak bersalah pada TFC.

“Bagaimanapun sehingga kini tiada siapa menghubungi saya lagi, namun saya tetap menanti berita gembira daripada persatuan biarpun kini sudah berada di negara saya,” ujarnya.

Kipre Tchetche, Terengganu FC
FOTO: MFL

Ketiadaan Camilo memaksa pengurusan pasukan itu mendapatkan khidmat pemain import daripada pasukan ‘feeder club’ iaitu Terengganu FC II bagi mengharungi baki saingan Liga Super musim ini.

Sementara itu, pemangku ketua jurulatih skuad itu, Nafuzi Zain menyerah sepenuhnya kepada pihak pengurusan untuk membuat keputusan mengenai kemasukan semula Igor Zonjic.

“Itu saya tidak pasti sama ada pemain yang sudah ditamatkan kontrak boleh beraksi semula atau sebaliknya, itu hal pengurusan, saya sendiri pun tidak pernah bertanya dan tidak ambil tahu hal itu, sebab saya fokus kepada latihan untuk mencatat kemenangan,” ujar Nafuzi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN