MPFL 2019: Kebangkitan Dramatik Kedah Ikat Perak 3-3 Di Ipoh

Kedah

Kedah mempamerkan kebangkitan dramatik selepas ketinggalan tiga gol untuk mengikat Perak 3-3 pada aksi Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL 2019) di Stadium Indera Mulia, Ipoh, sebentar tadi.

Mahu bangkit dari kehampaan minggu lalu, Perak menguasai aksi di babak pertama dengan serangan berbahaya dicipta terutamanya menerusi Ridzwan Bakri dan Awalluddin Mat Nawi.

Gandingan dua pemain kebangsaan itu jelas memporak-perandakan kawasan D pasukan pelawat. Keadaan tersebut membuatkan pemain Kedah seringkali melakukan kesilapan.

Ridzwan hampir meletakkan tuan rumah di hadapan seawal minit kedua permainan tetapi rembatannya dari jarak dekat berjaya dinafikan penjaga gol, Muhammad Nashrul Helmy Rusdi.

Tiga minit kemudian, Kedah pula mencemaskan kem Perak setelah Mohd Norhamidrul Saleh melakukan percubaan lambung yang singgah di palang gol.

Nashrul Helmy sekali lagi menggagalkan usaha Perak selepas percubaan Muhammad Farikh hasil hantaran cantik dari Ridzwan berjaya ditepis keluar penjaga gol tersebut.

Kedah terus kecewa apabila percubaan pada minit ke-10 turut digagalkan palang gol.

Penyokong yang membanjiri Stadium Indera Mulia bersorak ceria pada minit ke-11 selepas Mohd Awalluddin Mat Nawi berjaya membuka tirai jaringan.

Kesempatan kegagalan pemain Kedah mengawal bola dengan baik di kawasan sendiri digunakan sepenuhnya oleh Ridzwan Bakri yang terus melorongkan bola kepada Awalluddin dan pemain muda itu bijak menyempurnakan peluang.

Hanya berselang seminit, Perak menjadikan kedudukan 2-0 juga menerusi Awalluddin Mat Nawi.

Situasi jaringan yang hampir serupa dengan gol pertama. Kelebihan dua gol buat Perak itu kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Tuan rumah semakin mengukuhkan kedudukan pada minit ke-27 menerusi Aidil Shahril Rosli yang meledakkan jaringan hasil satu ‘set piece’ bersama Firdaus Zulkefli.

Ketinggalan tiga gol jelas tidak mematahkan semangat juang para pemain Kedah untuk kembali mempamerkan kebangkitan.

Kebangkitan yang dijelmakan Kedah bermula pada minit ke-27 selepas Mohammad Shahmi Abdullah Sani merapatkan kedudukan.

Jaringan tersebut jelas menyemarakkan api perjuangan Kedah dan mereka dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-29. Anwar Osman yang mengambil sepakan tidak melepaskan peluang untuk gol kedua

Mohamad Farith Ahmad membuatkan penyokong Perak terdiam seketika apabila jaringannya kembali menyamakan kedudukan.

Perak kemudiannya kelihatan begitu bersemangat bagi kembali mendapatkan kelebihan jaringan tetapi usaha mereka belum cukup untuk perlawanan berkesudahan dengan keputusan terikat 3-3.

Pemain terbaik perlawanan: Mohd Awalluddin Mat Nawi (Perak)

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN