MPFL 2019: Taufik Lega Pahang Rangers Raih Kemenangan Pada Aksi Sulung

Pahang Rangers

Pengendali Pahang, Taufik Yaiyah mengakui tidak dapat menyembunyikan debaran sepanjang aksi pertama Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2019 menentang Kuala Lumpur pada Ahad, yang menyaksikan skuadnya bermula dengan langkah kanan setelah melakar kemenangan 4-2 di Kompleks Sukan Panasonic.

“Ia satu kelegaan, saya tidak pernah meragui kemampuan dan kualiti pemain saya, tetapi perlu diakui kita mungkin lambat panas. Ia bukan perlawanan yang mudah, kerana Kuala Lumpur cuba bangkit memberikan tentangan.

“Selepas mendapat gol pertama kita semakin yakin mengawal perlawanan dan mencipta peluang, kredit kepada pemain saya kerana melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

“Fokus, disiplin dan kepercayaan adalah kunci kemenangan kita. Fokus pada setiap minit, disiplin dalam menyerang dan bertahan, serta kepercayaan terhadap sistem , kepercayaan terhadap set-pieces dan kepercayaan pada rakan sepasukan,” ujar Taufik.

Pemain Pahang Rangers, Khairul Effendy Bahrin (hitam) cuba untuk melepasi kawalan Muhd Hazreen dari Kuala Lumpur.

Pada perlawanan itu, Pahang membuka jaringan pada minit kelima menerusi percubaan pemain skuad bawah 20 tahun kebangsaan Mahadir Harahap Khairudin dan kemudiannya menggandakan kelebihan empat minit kemudian menerusi pemain kebangsaan Abu Haniffa Hassan yang menolak masuk hantaran Azwann Ismail menewaskan Alif Haikal Mohd Zaini di gawang Kuala Lumpur.

Pasukan tuan rumah kemudian berjaya merapatkan jurang menerusi percubaan Mulhim Muqri Faisal pada minit ke-18, namun dua bintang kebangsaan Khairul Effendy Bahrin dan Saifulnizam Ali berganding cemerlang menunjukkan persefahaman yang baik untuk mengembalikan kelebihan dua gol buat Pahang, apabila Saifulnizam menyempurnakan umpanan Khairul Effendi.

Pahang terus selesa apabila giliran Muhammad Farhan Khairul Anuar pula meledak menjadikan kedudukan 4-1, sebelum KL mendapat jaringan kedua tiga minit sebelum tamat permainan sekali lagi menerusi Mulhim Muqri.

Bagi Taufik, dia berharap pemain tidak terbuai dengan kemenangan pertama ini dan kekal fokus kepada aksi seterusnya menentang KL City pada Rabu ini di Kompleks Sukan SUKPA, Kuantan.

“Ini baru permulaan, kita perlu agresif dalam perlawanan mendatang. Saya akan buat analisis bersama team kejurulatihan tentang prestasi dan juga kecederaan pemain terutama kapten pasukan, Akmarulnizam (Idris) yang tidak dapat menghabiskan perlawanan menentang KL.  Kita akan turun dengan mentaliti sama, mahu menang dan akan bariskan skuad terbaik,” tambah Taufik lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN