Batu Dua FC mula mencuri perhatian penyokong bola sepak di Malaysia apabila pasukan Liga M3 itu membelasah Rawang FC 17-1 di pusingan pertama pertandingan Piala FA pada Februari lalu.
Jumlah jaringan tersebut dianggap sebagai rekod pertandingan yang diperkenalkan sejak 1990. Bekas pemain Terengganu dan pasukan kebangsaan, Abdul Manaf Mamat menjadi wira apabila menjaringkan enam gol dalam perlawanan tersebut.
Ini menjadikan Manaf Mamat sebagai penjaring terbanyak dalam satu perlawanan – memecahkan rekod yang dipegang Matlan Marjan sejak 24 tahun lalu.
Pemain dibayar cek palsu
Hari ini lain pula kisahnya. Jika kisah Batu Dua FC di pertandingan Piala FA pada Februari lalu menggamit perkara positif sehingga mampu menarik tajaan ratusan ribu ringgit dari penaja, hari ini kelab bola sepak yang khabarnya berpengakalan di Kuala Selangor ini didakwa membayar gaji pemain import dengan menggunakan cek palsu.
PENAJA RASMI BATU DUA FC
Kami seluruh keluarga Batu Dua FC ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Tulangis…
Posted by Batu Dua Football Club – B2FC on Saturday, March 23, 2019
Melalui kenyataan yang dimuatnaik melalui laman Facebook peribadinya, Ljubo Baranin menyifatkan beliau tidak mendapat layanan yang sewajarnya dari Batu Dua FC.
Terima kasih kepada Tuhan, saya akhirnya meninggalkan Batu2. Siapa yang bermain untuk pasukan ini tahu neraka itu mudah…
Melalui luahan di Facebook, pemain import dari Serbia Ljubo Beranain meluahkan kemarahan kerana mendapat layanan tidak sepatutnya daripada pihak kelab.
Posted by Ljuba Baranin on Thursday, June 20, 2019
Luahan Baranin:
“Terima kasih kepada Tuhan, saya akhirnya meninggalkan Batu2. Siapa yang bermain untuk pasukan ini tahu neraka itu mudah baginya. Yang bekerjasama dengan pemilik kelab (tuan muda) dan pengurusan, bertemu dengan syaitan itu lebih senang.
“Saya tidak pernah melihat ketiadaan rasa hormat dalam kerjaya seperti dilayan macam babi. Terutamanya pemain import. Saya tidak pernah melihat seseorang berpura-pura menjadi lelaki kaya tetapi tidak mampu membayar gaji.
“Saya tidak pernah melihat sesiapa yang mahu menjalankan kelab profesional dan menegaskan pemain import membayar permit kerja, kereta dan apartmen mereka. Dan saya tidak nampak bahawa seseorang memberi pemain cek palsu untuk mengelakkan pembayaran gaji.
“Saya masih mempunyai pandangan yang sangat baik terhadap Malaysia dan rakyatnya , saya mempunyai banyak kawan kawan baik di sini, saya harap MFL akan menyembuhkan kanser bola sepak ini yang telah memusnahkan beberapa pasukan.
“Terima kasih semua orang, saya berharap kita akan berjumpa lagi pada musim hadapan. Sila kongsi jika anda boleh, untuk melindungi pemain lain yang mungkin berurusan dengan orang-orang ini pada masa akan datang. Terima kasih( there is only one good person in Batu 2 managment.”
Tidak dapat dipastikan nilai sebenar bayaran yang sepatutnya diterima oleh Baranin. Turut kelihatan di dalam gambar yang dimuatnaik oleh Baranin ialah Datuk Mohd Hazarul Ifdaz Mohamed Rahim, pemilik Tulangis Group yang merupakan penaja utama Batu Dua FC pada musim ini.