Penjaga gol kedua pasukan JDT2 Samuel Somerville tampil mengkritik komisioner perlawanan di antara pasukan Kelantan menentang JDT2 – yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan.
Perlawanan dilangsungkan dalam keadaan padang yang bertakung dengan air kerana hujan. Lantas Somerville mempersoalkan Kenapa perlawanan tersebut tetap diteruskan dan tidak ditunda.
Menurut Samuel Somerville, keadaan padang semalam boleh menyebabkan risiko kecederaan kepada pemain. Ini kerana bola tidak boleh bergolek ataupun melantun.
Samuel Somerville ternyata tidak percaya apabila isu keselamatan pemain di atas Padang. Beliau kemudian mendedahkan tidak ada pemeriksaan sebaiknya dalam keputusan mereka untuk meneruskan perlawanan.
Menerusi twitternya, Samuel berkata; “Betapa gilanya apabila; tidak kira berapa banyak air bertakung di atas padang – selagi lagi tidak ada petir selagi itu perlawanan di Malaysia ini akan diteruskan.”
Find it crazy that no matter how much water is on the pitch, Aslong as there’s no lightening the game still gets played here in Malaysia.
No check to see if the ball rolls or bounces, Complete disregard for the players safety. pic.twitter.com/rZ6bIbWf7T
— Samuel Jacob Somerville (@SJSomerville) June 19, 2019
“Tidak ada pemeriksaan untuk melihat sama ada bola itu boleh bergolek ataupun melantun. Sememangnya tidak mengambil kisah tentang keselamatan pemain.”
Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 1-1. Mungkin perkara ini akan mendapat perhatian daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selepas ini.Semoga apa yang diluahkan oleh Samuel Somerville ini mendapat perhatian daripada pegawai yang terlibat. Pasti mereka ada penjelasan tersendiri.