MSL 2019: Pahang Kukuhkan Kedudukan Kedua Liga Super

Skuad Tok Gajah berjaya manfaatkan kelebihan beraksi di halaman sendiri apabila menewaskan PKNP FC dengan jaringan 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur malam tadi.

Kemenangan itu sekaligus menjarakkan mata dengan pencabar terdekat dan terus mengukuhkan kedudukan di tangga kedua dengan 30 mata.

Dalam perlawanan ini, Pahang menurunkan kesebelasan terbaik mereka termasuk tiga tonggak utama yang tidak beraksi ketika menentang Kedah minggu lalu iaitu Herold Goulon, Faisal Rosli dan Mohamadou Sumareh.

https://twitter.com/OfficialPahang/status/1140960011419410432

Sebaik sahaja pengadil meniup wisel sepak mula, Pahang terus melancarkan serangan ke kubu pasukan pelawat dan hampir menjaringkan gol pertama pada minit ke 6 namun rembatan Dickson Nwakaeme tidak menemui sasaran.

Tersentak dengan percubaan itu, PKNP FC kembali bangkit menyusun gerakan tetapi sukar untuk menewaskan benteng pertahanan dan ketangkasan penjaga gol tuan rumah, Helmi Eliza

15 minit kemudian, Stadium Darul Makmur kembali bergegar dengan sorakan penyokong apabila penyerang import baharu Pahang, Lazarus Kaimbi berjaya membuka akaun jaringan apabila menyudahkan bola muntah daripada penjaga gol PKNP dalam stuasi kelam kabut di depan gawang.

PKNP FC hampir memperolehi gol pertama mereka melalui rembatan Giancarlo Lopes pada minit ke 28 tetapi Helmi Eliza beraksi cemerlang menyelamatkan percubaan tersebut.

Dua minit kemudian, skuad kendalian Dollah Salleh itu berjaya menjaringkan gol kedua melalui Dickson Nwakaeme yang menyudahkan hantaran cantik daripada Lazarus Kiambi di sebelah kanan.

Malah, penyerang skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha hampir menjaringkan gol ketiga untuk Pahang tetapi rembatannya sekadar melepasi palang gol. Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki separuh masa kedua, Pahang kerap mengucar-kacirkan benteng pertahanan PKNP FC melalui gandingan Norshahrul, Sumareh, Kiambi dan Nwakaeme di bahagian serangan.

Helmi Eliza sekali lagi cemerlang menepis percubaan pemain import PKNP FC, Pedro Victor sekaligus menyukarkan usaha pelawat mencari jaringan penyamaan.

Nwakaeme sepatutnya menjaringkan gol ketiga Pahang 6 minit kemudian namun tandukannya gagal menewaskan penjaga gol PKNP FC. Selain itu, beliau juga kerap memberi tekanan kepada benteng pertahanan lawan sehingga menyebabkan lawan berkampung di depan gawang sendiri.

FOTO: Pahang FA

Rentak permainan kedua-dua pasukan mula berubah pada minit ke 70 selepas mereka melakukan beberapa pertukaran pemain. Keputusan 2-0 memihak kepada Pahang sehingga tamat perlawanan.

Bagaimanapun, PKNP FC kini berada dalam zon bahaya dan berisiko tersingkir ke saingan Liga Premier musim depan jika gagal mengutip tiga mata penuh dalam baki perlawanan yang akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN