Adidas Football telah melancarkan 302 REDIRECT pack yang terdiri daripada empat model kasut bola iaitu Copa, Predator, X dan yang terbaharu, NEMEZIZ 19.
Keempat-empat ‘senjata’ baharu buat Adidas ini akan dipakai oleh pemain ternama dunia termasuklah Paul Pogba, Mohamed Salah, Paulo Dybala dan Roberto Firmino.
302 REDIRECT pack ini hadir dengan warna pada tiga jalur yang lebih menonjol di kasut tersebut dengan ‘dazzling silver’, ‘midnight black’, ‘electric red’ seperti yang tertera pada gambar di bawah.
Model terbaru Predator menampilkan warna ‘silver’ yang mendominasi bahagian atas kasut itu, dan turut dilengkapi dengan ‘sockfit collar’.
Manakala bagi keluaran Copa pula, Adidas menggayakannya dengan keseluruhan warna hitam dengan bahagian tapak yang berkilat.
Wajah baru model X pula hadir dengan warna ‘silver’ yang mengungguli bahagian atas kasut manakala tiga jalur dan juga bahagian tapaknya adalah berwarna ‘electric red’.
Model NEMEZIZ 19 juga tidak terlepas daripada 302 REDIRECT pack dengan keseluruhan warna merah meliputi bahagian atas dan stud kasut.
Bahagian tapak mempunyai ciri unik seolah-olah cermin. Tiga jalur yang berada pada belakang kasut ini juga berupaya memantulkan cahaya.
NEMEZIZ 19 terbaru ini dilengkapi dengan pelbagai inovasi, menawarkan 360 darjah ketangkasan dan prestasi di padang. Dibina untuk pemain yang tangkas dan ‘multidirectional’.
302 REDIRECT pack ini sudah mula dijual pada 14 Mei lalu dan anda boleh mendapatkannya di Football Republic KLCC dan Sunway Pyramid atau secara dalam talian di www.adidas.com.my.