Kontrak Lim Teong Kim Kemungkinan Tidak Disambung

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), Datuk Seri Subahan Kamal, memberi bayangan kontrak Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim kemungkinan besar tidak dilanjutkan.

Bekas jurulatih remaja Bayern Munich itu masih mempunyai kontrak sehingga 31 Oktober depan dan jawatan pengarah teknikal NFDP kini diambil alih oleh Saad Ichalalene.

Tampak sudah hilang kuasa, beliau dikatakan hanya menghabiskan saki-baki masa di Gambang, Pahang, sebelum mengucapkan selamat tinggal.

Bagaimanapun, Subahan menjelaskan kedudukan sebenar Lim Teong Kim akan diputuskan dalam mesyuarat bersama Kementerian Belia dan Sukan yang akan datang.

“Kami akan membincangkan perkara ini dalam mesyuarat akan datang.

“Saya hanya terlibat dalam isu teknikal manakala kuasa lantikan adalah di bawah Menteri Belia dan Sukan (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) dan juga Jawatankuasa Kerja NFDP, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, minggu depan,” katanya dalam Stadium Astro.

LIm Teong Kim

Tahun lepas, skuad Malaysia B-16 dibawah kendalian Teong Kim gagal menepati sasaran layak ke Piala Dunia B-17 di Peru yang dijadualkan berlangsung Oktober depan.

Program NFDP kini distrukturkan semula selepas siri perbincangan yang membabitkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Unit bola sepak NFDP yang sebelum ini bergerak berasingan akan diletakkan kembali di bawah struktur Bahagian Atlet MSN. Sekretariat sedia ada NFDP telah dibubarkan.

Sementara itu, dua pemain skuad bawah 18 tahun negara, Ali Imran Sukari dan Harith Haikal Adam Akfkar berlepas ke Fukushima, Jepun setelah terpilih menyertai Program Asian Eleven 2019

Mereka adalah antara dua produk daripada program NFDP yang berjaya digilap oleh Lim Teong Kim.

“Kami akan cuba berikan aksi terbaik dalam latihan dan perlawanan yang diaturkan.

“Kami akan cuba menambat hati pencari bakat dan menandatangani kontrak di sana. Adalah menjadi cita-cita saya dan harapan Teong Kim untuk melihat kami bermain di luar negara, ,” kata Ali Imran dalam Harian Metro.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN