Rooney: Ronaldo Dan Messi Tidak Akan Dapat Selesaikan Masalah Man Utd

Bekas penyerang Manchester United, Wayne Rooney berpendapat pembelian pemain-pemain berkelas dunia seperti Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Gareth Bale dan Sergio Ramos pun tidak akan menyelesaikan masalah Manchester United untuk tempoh jangka masa panjang.

Rooney kini beraksi di MLS bersama DC United juga berpendapat skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer tidak akan mampu tampil sebagai pencabar utama Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim hadapan.

Mula daripada asas

Disebabkan itu, Rooney berpendapat Ole Gunnar Solskjaer seharusnya membina kembali Manchester United dengan bakat muda berpotensi dan bukan sewenang-wenangnya membeli nama-nama besar yang hanya mampu menyumbang dalam tempoh yang singkat.

“Perkara pertama Ole [Solskjaer] harus lakukan ialah membina kembali asas pasukan. Saya tidak berpendapat membawa masuk seorang atau dua pemain yang bernilai £100 juta atau lebih akan membantu pemain sedia ada,” ujar bekas kapten England tersebut.

Solskjaer
. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Bercakap kepada BBC Radio 5, Rooney menambah:

“Sebaiknya, Ole membelanjakan sekitar £30-40 juta untuk pemain yang berpotensi untuk dimajukan, dan membina asas kekuatan skuad daripada lima atau enam pemain.

“Anda boleh sahaja membawa masuk pemain seperti Ronaldo, Messi, Ramos atau Bale. Tetapi kelab harus membayar  £350 juta untuk semua pemain itu. Kemudian kelab hanya akan memperolehi tempoh sekitar dua tahun dari mereka. Pelaburan sedemikian amat merugikan.

Tidak mudah untuk Solskjaer

Rooney juga berpendapat Solskjaer akan melalui jendela perpindahan yang sukar, dengan United turut dikaitkan dengan lebih sedozen pemain -termasuk bintang Ajax, Matthijs de Ligt- sejak tamat kempen liga musim lalu.

Solskjaer yang mengambil alih dari Mourinho pada Disember lalu – sebagai interim sebelum menjadi tetap – kini telah memulakan proses penstrukturan semula barisan pemain dengan membawa masuk pemain sayap Swansea berusia 21 tahun, Daniel James.

? We’re delighted to have agreed terms, in principle, with Swansea City for the transfer of Daniel James to Manchester United.

Further details will be revealed in due course.

Posted by Manchester United on Friday, June 7, 2019

“Kelab [Manchester United] harus membina kembali struktur pasukan dengan pemain muda, tetapi mereka [pemain muda] juga harus mempunyai kualiti yang dikehendaki. Saya rasa penyokong faham bahawa mereka tidak akan bersaing untuk kejuaraan pada musim hadapan.

“Sekarang Ole harus diberikan masa yang diperlukan untuk membina kembali pasukan dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang, sebelum kembali memberi cabaran di EPL dan berada di tahap UEFA Champions League.

“Terpulang kepada pasukan seperti United, Arsenal, Tottenham, dan mungkin Everton untuk berada di tahap yang sama dengan Liverpool dan Manchester City dalam tempoh dua tahun akan datang.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN