Manchester City dilaporkan sudah menghantar laporan kepada Court of Arbitration for Sport (CAS) untuk menentang sebarang usaha oleh UEFA menggantung penyertaan mereka dalam UCL.
Beberapa bulan lalu, UEFA mengesahkan mereka membuka semula siasatan ke atas Manchester City, untuk memastikan pasukan itu tidak melanggar peraturan Financial Fair Play (FFP).
UEFA dijangka akan memutuskan nasib Manchester City dalam masa 7-10 hari lagi.
UEFA’s ruling on Manchester City is expected in the next 7-10 days.
An AC ‘Milan-esque’ situation with an appeal to the CAS is possible. It is ‘difficult’ to see Manchester City not playing in the Champions League next season.
[@MarcoBellinazzo] pic.twitter.com/yjqDAtF1Sj
— City Xtra (@City_Xtra) June 5, 2019
Manchester City disyaki mendapat wang daripada sumber yang tidak sepatutnya. Misalnya dengan menyatakan angka tajaan secara tidak tepat dan berlebihan bagi mengaburi pihak UEFA.
CAS kini mengesahkan bahawa Manchester City sudah memfailkan rayuan ke atas UEFA dengan mencabar sebarang hukuman yang dikenakan oleh UEFA menerusi Uefa’s Club Financial Control Body’s (CFCB).
https://twitter.com/jonnysmiffy/status/1136653696480268288
CAS dalam kenyataan mereka berkata: “Rayuan sudah difailkan bagi menentang keputusan yang akan diambil oleh Jawatankuasan Siasata CFCB berkenaan dengan kes melanggar peraturan FFP oleh Manchester City.”
Manchester City has launched a legal challenge to block UEFA’s pursuit of a Champions League ban for violating spending regulations.
City have asked CAS to throw out the case that has been passed by UEFA’s investigators to its judges.
[via @AP] pic.twitter.com/n39PVFlOpb
— City Report (@cityreport_) June 5, 2019
Manchester City telah meminta agar CAS membuang kes berkaitan FFP ke atas mereka. Ini kerana sebelum ini UEFA telah menyatakan bahawa kelab tersebut bersih.
Manchester City kemudian menafikan mereka telah mewujudkan persaingan tidak sihat dalam bola sepak.