UNL: Belanda Ke Final, 2 Kesilapan Individu Musnahkan Impian England

Belanda menempah tiket ke final sulung temasya Liga Negara-Negara Eropah (UNL) 2019. Belanda akan bertemu dengan Portugal dalam aksi final pada Ahad ini.

Dalam perlawanan separuh akhir di antara Belanda dan England, perlawanan diwarnai dengan beberapa siri kesilapan individu.

Matthijs De Ligt melakukan kesilapan defensif yang pertama dalam perlawanan ini – memberikan penalti kepada England pada separuh masa pertama.

Marcus Rashford menyempurnakan penalti tersebut untuk meletakkan England 1-0 pada minit ke-32.

Namun begitu, pada separuh masa kedua, Matthijs De Ligt menebus kesilapan beliau dengan gol penyamaan minit ke-73. De Ligt melakukan tandukan deras daripada situasi sepakan penjuru.

England hampir di hadapan dan memenangi perlawanan apabila Jese Lingard menjaringkan gol ke-2 pasukan 3 Singa itu pada minit ke-84. Namun malangnya ia ditarik balik selepas tinjauan semula menerusi VAR.

Perlawanan diheret ke masa tambahan. Pada masa tambahan 30 minit, England menggali kubur mereka sendiri.

2 kesilapan individu mereka ketika cuba bermain dari blok rendah telah memakan diri sendiri.

Dimulakan dengan kesilapan John Stones yang memberikan gol pendahuluan kepada Belanda. Stones kehilangan bola ketika ditekan Depay.

Pickford menafikan percubaan Depay namun percubaan Quincy Promes terbias pada kaki Walker untuk jaringan sendiri. Ini bermaksud ada kombinasi 2 kesilapan individu yang memberikan gol kepada Belanda.

Pada minit ke-114, derita England semakin bertambah. Kali ini Ross Barkley melakukan hantaran lemah yang dipintas Memphis Depay.

Depay melorongkan bola kepada rakannya, kali ini Quincy Promes memastikan gol itu milik beliau dan sekaligus mematikan sisa perjuangan pasukan England.

Belanda menang 3-1 menewaskan England. Jelas terpancar kegembiraan pada wajah Ronald Koeman. Ini merupakan tugasan pertama Koeman untuk Belanda dengan generasi baru The Oranje.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN