Kapten Agrentina, Lionel Messi merasakan bahawa pasukan Argentina yang bermain dalam edisi sebelum ini adalah lebih kuat untuk menjadi pilihan menjuarai Copa America – berbanding dengan pasukan yang ada pada hari ini.
Media pastinya sentiasa meletakkan harapan yang tinggi kepada mana-mana pasukan yang ada nama Lionel Messi.
Messi tidak bersetuju dengan tag pasukan pilihan diberikan untuk pasukan Argentina dalam edisi kali ini. Namun mereka akan cuba sedaya upaya untuk menggunakan peluang yang ada untuk menjuarainya.
La Albiceleste mara 4 kali ke final dalam 5 edisi sebelum ini termasuk 2 kali tewas dalam penentuan penalti di tangah Chile.
Argentina akan memulakan kempen kali ini dengan menentang Colombia pada 15 Jun ini.
Messi menyifatkan pasukan Argentina masih dalam proses perubahan selepas melakukan beberapa rombakan berikutan kegagalan dalam Piala Dunia yang lalu.
Lionel Messi berkata: “Kami bukan calon juara seperti sebelum ini. Namun kami masih pasukan dengan impian yang sama – keterujaan yang sama seperti biasa. Namun realitinya, Argentina sedang melalui proses perubahan.”
Lionel Messi on Argentina's Copa America chances: "We are not candidates like other times. We will go with the same dreams and excitement as always, but the reality is that Argentina is going through a process of change." pic.twitter.com/3frurbFEHm
— Squawka Live (@Squawka_Live) June 6, 2019
Messi pastinya mahu memenangi sekurang-kurangnya 1 major untuk negaranya selepas karier luar biasa di peringkat kelab.
Messi tewas dalam 5 final bersama negaranya termasuk 4 final Copa America dan 1 final Piala Dunia. Messi masih dalam prestasi luar biasa meskipun sudah berusia 31 tahun.
The squad Argentina take to Brazil for Copa America this summer 🇦🇷🌎 pic.twitter.com/beD5mE9qlN
— B/R Football (@brfootball) May 21, 2019
Adakah Lionel Messi dapat menjulang kejuaraan Copa America bersama dengan Argentina musim ini? Sekaligus mengakhiri kemarau kejuaraan sejak 1993.