Individu Perkenal Champions League Meninggal Dunia

Bekas Presiden UEFA yang memperkenalkan Liga Juara-Juara (UEFA Champions League), Lennart Johansson meninggal dunia pada usia 89 tahun.

Johansson adalah individu yang mengetuai badan induk bola sepak Eropah, UEFA diantara tahun 1990 sehingga 2007, sebelum diambil alih oleh Michel Platini.

Johansson adalah individu yang bertanggungjawab memperbaharui pertandingan Piala Eropah kepada Liga Juara-Juara pada 1992, dengan penyertaan lebih banyak kelab dari negara-negara lain.

Pernah bertanding untuk jawatan Presieden FIFA pada 1998, beliau ditewaskan oleh Sepp Blatter yang memperolehi 111 undian, berbanding 80 yang diperolehi beliau.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sweden, Karl Erik Nilsson berkata, “tidak ada rakyat Sweden yang pernah memberikan impak kepada bola sepak dunia seperti yang pernah dilakukan oleh Johansson.”

“Lennart Johansson adalah pemimpin bola sepak antarabangsa terbaik kami sepanjang zaman,” ujar Nillson semalam.

“Beliau amat dhormati sebagai Presiden UEFA dan naib-presiden FIFA; kualiti kepimpinan beliau ketika itu dikagumi dunia.”


Presiden FIFA, Gianni Infantino turut mengeluarkan satu kenyataan.

“Saya amat bersedih mengetahui mengenai kematian Lennart Johansson.

“Beliau adalah seorang sahabat yang mempunyai hekmat dan merupakan sumber inspirasi.

“Saya amat bertuah kerana beliau adalah Presiden UEFA ketika saya baru menyertai organisasi ini pada 2000.

“Sejak daripada itu, Lennart [Johansson] adalah contoh kepada makna profesionalisme dan kemanusiaan.”

Semua perlawanan anjuran UEFA akan bertafakur sebentar sebelum perlawanan, termasuk perlawanan separuh akhir UEFA Nations League pada Rabu dan Khamis ini untuk memberi penghoratan kepada Johansson.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN