Thomas Meunier Masih Belum Dapat Lupakan Kekalahan PSG Bertemu Manchester United

Meunier

Pemain pertahanan Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Meunier nampaknya masih belum ‘move on’ daripada kekalahan pasukannya ditangan Manchester United pada peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Beliau nyata begitu kecewa selepas keputusan Video Assistant Referee (VAR) memberikan sepakan penalti kepada skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer itu.

Rujukan VAR terpaksa dilakukan berikutan bola yang didakwa terkena tangan Presnel Kimpembe menjadi pertikaian dan Marcus Rashford kemudiannya menyempurnakan sepakan untuk meleburkan impian Eropah buat PSG.

PSG bagaimanapun terlebih dahulu mencatatkan kemenangan 2-0 di Old Trafford pada aksi pertama tetapi tumpas 1-3 di gelanggang sendiri yang sekaligus memberikan kelebihan tempat lawan buat Manchester United.

Pemain skuad kebangsaan Belgium itu menyifatkan episod duka di Parc des Princes tersebut adalah jenaka paling besar dalam sejarah bola sepak.

LIVERPOOL, ENGLAND – SEPTEMBER 18: Thomas Meunier of Paris Saint-Germain controls the ball under pressure from Daniel Sturridge of Liverpool during the Group C match of the UEFA Champions League between Liverpool and Paris Saint-Germain at Anfield on September 18, 2018 in Liverpool, United Kingdom. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

”Perlawanan menentang Manchester (United) hanyalah jenaka terbesar dalam sejarah bola sepak.”

””Saya boleh meletakkan sejuta euro bahawa kita tidak akan kalah. (PSG) Tidak layak, ia benar-benar satu bencana. Semua orang sedar tentang perkara ini.”

”Liga Juara-Juara Eropah masih merupakan masalah terbesar buat kami.”

”Untuk menjadi pemenang kepada kejohanan, menjadi sebahagian daripada kelab besar seperti Real (Madrid), Barca (Barcelona). Ia akan mengambil masa yang lama untuk itu tetapi PSG adalah kelab yang meningkat.”

Dalam perkembangan lain, Meunier yang turut dikatakan menarik minat Manchester United untuk dibawa ke Old Trafford pada musim panas nanti menegaskan beliau mahu terus kekal bersama gergasi Perancis itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN