Skuad Melaka United Gembira Sambut Hari Lebaran, Tunggakan Gaji Sudah Diselesaikan

Melaka United

Selepas dibelenggu kemelut tunggakan dua bulan gaji, skuad Melaka United akhirnya menghela nafas lega selepas Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) dikatakan sudah menyelesaikan masalah itu.

Berita baik itu hadir tepat pada masanya berikutan umat Islam khususnya di tanah air akan meraikan Hari Raya Aidilfitri bermula esok.

Menurut sumber Stadium Astro, Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Yusoff Mahadi mengesahkan bahawa pihaknya telah melunaskan tunggakan tersebut pada minggu lalu.

Yusoff mengakui bahawa pihak persatuan menyedari tentang kelewatan pembayaran gaji ini dan beliau turut bersyukur segalanya dapat diselesaikan sebelum menyambut hari lebaran.

“Sebenarnya Melaka telah kembali ke landasan dan saya fikir untuk hari raya ini, pemain boleh tersenyum. Saya harap ia akan dibawa kepada perlawanan selepas raya nanti.”

“Saya ucap terima kasih kepada presiden, Adly Zahari, yang menyelesaikan dan membantu pemain dalam isu tunggakan gaji. Saya lihat semua pemain bergembira,” jelas Yusoff lagi.

Tunggakan tersebut seperti dilaporkan Berita Harian Online, telah dibayar berperingkat dan turut dikhabarkan ia melibatkan skuad Piala Presiden Melaka.

Walaupun mengalami masalah kelewatan gaji selama dua bulan, skuad Liga Super Melaka masih mampu menampilkan corak permainan menarik serta bersaing hebat dalam saingan liga.

Skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan itu kini berada di tangga keempat Liga Super selepas mengumpul 22 mata (terikat mata dengan Kedah di tempat ketiga).

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN