Satu kajian oleh Immigration Policy Lab (IPL) mendapati Mohamed Salah telah menjadi salah satu watak penting dalam membantu memerangi Islamofobia di England terutamanya di Liverpool.
Mohamed Salah telah menjadi antara watak penting dalam kempen Liverpool sejak menyertai kelab tersebut pada 2017. Salah membantu Liverpool mara 2 kali ke final UCL dan menjuarainya pada 2018/19.
Selain itu Mo Salah juga membantu Liverpool menamatkan saingan EPL musim 2018/19 di tangga ke-2.
Di England sebelum ini, ramai masyarakat mereka yang Islamofobia dan menganggap Islam sebagai satu ancaman. Namun sejak musim lalu lagi Mo Salah telah membantu mengurangkan kadar Islamofobia di England.
Antara contoh adalah, apabila tahun lalu para penyokong Liverpool menyanyikan lagu yang ada unsur Islam untuk Mo Salah.
Ianya telah mendapat perhatian oleh media barat yang menganggap Mo Salah memerangi salah anggapan dan Islamofobia dengan cara beliau tersendiri – iaitu dengan bola sepak.
I’m not a Liverpool fan but you must believe Football builds bridges with this Red chant for Mo Salah ✌🏾 https://t.co/yxBvgkpKuL
— Gbolahan Obisesan💚 (@GreatObisesan) February 15, 2018
Pada tahun ini, satu kajian dilakukan oleh para pengkaji dari Universiti Sanford di Zurich. Sejak populariti dan pengaruh Mo Salah meningkat, para pengkaji telah mendapati berlaku pengurangan yang mendadak di twitter untuk status dan tweet yang berunsurkan kebencian kepada Islam terutama sekali di Merseyside.
Mohamed Salah juga diiktiraf sebagai salah seorang daripada 100 manusia paling berpengaruh oleh majalah Times.
Interesting that #journalist Maria Ressa #Philippines and footballer Mohamed Salah #LFC #Liverpool made Times list of 100 most influential people. #PressFreedom #EPL #journalism https://t.co/fmaBO4eyOU
— I Sea (@RiffRaffBriz) April 19, 2019
Laporan yang diberikan judul ‘Can Exposure to Celebrities Reduce Prejudice? The Effect of Mohamed Salah on Islamophobic Behaviors and Attitudes’ telah diterbitkan pada bulan lalu.
IPL telah memantau sekitar 15 juta tweet di twitter. Mereka membandingkan apa yang berlaku pada sebelum – dan selepas kehadiran Mohamed Salah di Liverpool.
Laporan itu menyatakan: “Kami mendapati di daerah Merseyside [pangkalan Liverpool FC] telah menunjukkan penurunan sekitar 18.9% – untuk kadar jenayah/salah laku yang berkaitan dengan kebencian. Dan tiada kesan yang sama ditemui untuk jenayah lain yang berkaitan.”
According to a Stanford University study, since Mo Salah joined Liverpool, hate crimes in the area have decreased by 19% and anti-Muslim comments online have dropped by 50%. Impact on and off the pitch. pic.twitter.com/5Duu42qjYS
— ESPN UK (@ESPNUK) June 3, 2019
Seterusnya IPL mendedahkan jumlah tweet yang berunsurkan anti Muslim dan kebencian ke atas Islam di kalangan penyokong kelab Inggeris – Liverpool kini hanya mencatatkan 3.4% daripada keseluruhan – melibatkan penyokong bola sepak kelab England.
Mo Salah may have caused fall in Islamophobia in Liverpool, says report. Mohamed Salah's public display of his faith were found to counter negative stereotypes of Islam. https://t.co/dyFxwaaIVF via @TheNationalUAE
— Rana Ayyub (@RanaAyyub) June 3, 2019
“Kami juga mendapati, penyokong Liverpool sudah mengurangkan kadar tweet anti Muslim hampir separuh, turun daripada 7.2% kepada 3.4% sahaja daripada jumlah keseluruhan tweet anti-Muslim oleh penyokong bola sepak yang lain di England [yang bermain di liga tertinggi].”
“Hasil daripada bancian dan eksperimen kami menujukkan bahawa, berlaku peningkatan dalam kefahaman dan lebih kemesraan oleh masyarakat kepada mereka yang beragama Islam.”
https://twitter.com/msalimkassam/status/1135580571877482497
“Penemuan kami juga mendapati, masyarakat kini lebih terdedah kepada ‘role model’ daripada kelompok kecil yang menganuti agama lain. Sekaligus, masyarakat lebih luas didedahkan dengan informasi berbentuk kemanusiaan ke atas golongan minoriti.”