Skuad Liverpool yang muncul juara UEFA Champions League (UCL) selepas menewaskan Tottenham Hotspur di Madrid, disambut dengan penuh gilang gemilang oleh lebih setengah juta penduduk bandar itu.
Dianggarkan 750,000 lautan manusia hadir bersama-sama dengan turun ke jalanan untuk menyambut ‘hero’ mereka yang diarak menggunakan bas berbumbung terbuka tertulis ‘Champions of Europe’ di bahagian hadapan.
Bermula di Allerton Maze, perarakan melalui Queens Drive, Mill Bank, West Derby Road, Islington, Leeds Street, dan The Strand dengan nyanyian ‘You’ll Never Walk Alone’ mengiringi setiap perjalanan yang berakhir di tebingan Merseyside.
Penyokong dikatakan sudah bersedia berpakaian merah dan mulai membanjiri setiap pelusuk laluan sekurang-kurangnya dua jam sebelum ketibaan skuad kendalian Jurgen Klopp dengan menggunakan pesawat.
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Watch live coverage of our @ChampionsLeague trophy parade around Liverpool ??#SixTimes https://t.co/QamCsKlM0A
— Liverpool FC (@LFC) June 2, 2019
Terdapat juga penyokong yang berjalan kaki mengekori bas yang membawa skuad Liverpool, tatkala sepanduk dengan gambar Jurgen Klopp, dan Mohamed Salah dan anggota pasukan yang lain jelas kelihatan.
Perarakan tiba di tebingan Merseyside selepas 4 jam ianya dimulakan, dan disambut dengan tembakan bunga api.