Kelayakan Piala Dunia: Perebutan Tempat Dalam Kesebelasan Utama Harimau Malaya Sengit

Skuad negara

Hari ini ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dijangka akan mengumumkan senarai akhir 23 pemain yang akan membawa cabaran negara dalam pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Timor Leste pada 7 dan 11 Jun ini.

Perlawanan persahabatan menentang Nepal semalam merupakan pemanas badan yang terbaik untuk Tan Cheng Hoe menilai prestasi anak buahnya sebelum menghadapi perlawanan sebenar di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pemain sayap Pahang, Faisal Abdul Halim mengakui saingan merebut tempat dalam skuad Harimau Malaya ketika ini sangat sengit kerana masing-masing pemain mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Beliau yang menampilkan prestasi cemerlang ketika mewakili skuad bawah 23 tahun negara bagaimanapun enggan melepaskan peluang untuk beraksi di pentas tertinggi bersama skuad senior.

“Sudah tentu ini peluang terbaik saya untuk cuba mengetuk pintu skuad senior tahun ini. Saya akan cuba tunjukkan dalam latihan kemampuan dan berharap terpilih nanti.

“Dalam tempoh beberapa hari, saya akan melakukan latihan penuh, jadi saya akan mencuba sebaik mungkin,” katanya dalam Harian Metro

FOTO: FAM

Berdasarkan senarai 25 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat, Faisal perlu bersaing dengan beberapa pemain berpengalaman seperti Syazwan Zainon, Mohamadou Sumareh, Akhyar Rashid dan juga Safawi Rasid di posisi sayap.

“Jika melihat kepada senarai pemain yang ada, memang sengit untuk berada dalam senarai akhir 23 pemain. Apa yang penting kena berusaha dan kalau ada rezeki tak ke mana,” katanya.

Sementara itu, pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Adam Nor Azlin menganggap kehadiran beberapa pemain yang berkualiti adalah bagus untuk pasukan kerana ia akan menghadirkan persaingan yang sihat.

Adam yang berganding dengan Shahrul Saad di posisi pertahanan tengah dalam perlawanan menentang Nepal semalam tekad lakukan yang terbaik jika dipilih berada dalam kesebelasan utama nanti.

“Dalam apa jua perkara saya lakukan, saya akan buat sehabis baik dan untuk latihan pusat kali ini saya mahu merebut tempat dalam kesebelasan utama.

“Ketiadaan Aidil akan saya gunakan bagi menambat perhatian jurulatih, namun saya akui bukan mudah kerana ada lagi pemain lain yang bagus boleh mengisi tempat itu,” kata bekas pemain Selangor itu dalam Harian Metro.

FOTO: FAM

Selain Shahrul, posisi Adam bakal dicabar oleh rakan sepasukannya di JDT iaitu Dominic Tan, Irfan Zakaria (Kuala Lumpur) dan Rodney Celvin Akwensivie (PKNS FC).

“Persaingan rebut tempat memang sengit. Saya anggap ia persaingan sihat dan berharap dapat memikat hati jurulatih dalam latihan nanti,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN