Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mendedahkan beliau sudah bercakap dengan Pep Guardiola menerusi telefon sebaik sahaja memenangi UCL ke-6 untuk Liverpool.
Guardiola terus menghubungi Klopp untuk mengucapkan tahniah kepada pengurus Liverpool tersebut untuk kejayaan pertama Klopp menjuarai trofi Eropah.
Pep Guardiola phoned Jurgen Klopp up after the Champions League final to congratulate him on winning his first European trophy.
[via @IndyFootball] pic.twitter.com/GOGZlNZ1RD
— City Report (@cityreport_) June 2, 2019
Klopp dan Guardiola pernah berseteru ketika di Jerman dalam Der Klassiker, dan kini mereka bersaing dalam EPL. Namun Guadiola pernah mengakui bahawa beliau dan Jurgen Klopp saling menghormati dan bersahabat di luar padang.
Guardiola dan Klopp memiliki falsafah bola sepak menyerang dan berasaskan ‘high press’.
Skuad Jurgen Klopp berjaya memenangi UCL dengan dramatik musim ini, terutama sekali dengan kebangkitan di Anfield menyingkirkan Barcelona.
Liverpool mara ke final untuk 2 tahun berturut-turut, dan kali ini mereka menewaskan Tottenham Hotspur.
Liverpool menamatkan musim yang baik mereka dengan 1 trofi Eropah selepas gagal menjuarai EPL meskipun mengutip 97 mata. Ini juga merupakan pengakhiran kemarau trofi Liverpool selepas 7 tahun.
Bercakap kepada sidang media sebaik sahaja keraian kejuaraan di Madrid, Klopp berkata: “Beberapa saat lalu, saya bercakap dengan Pep menerusi telefon.”
https://twitter.com/360Sources/status/1135155392244277248
Klopp kemudian mengusik Man. City dengan gurauan bahawa pakar fisioterapi Man. City menyertai Liverpool kerana mahu menjuarai UCL.
“Ketua fisio kami, Lee Nobles, berkhidmat untuk Man. City pada awal musim, namun beliau mahu memenangi UCL [dan menyertai kami], tak ada lah, itu hanya jenaka,” kata Klopp kepada wartawan.
“Saya dan Guardiola sudah berjanji yang kami akan tendang menendang antara satu sama lain (kick each other’s butts) sekali lagi musim hadapan. Kami berdua akan memberikan segala yang kami ada, dan tengoklah apa yang kami akan dapat.”
“Menamatkan liga dengan 97 mata di EPL dan menjuarai UCL adalah perjalanan luar biasa yang sangat panjang untuk kami capai semua ini. Ianya hebat sekali.”
“Sekarang kami sudah memenangi sesuatu. Dan selepas ini kami perlu teruskan pemburuan untuk memenangi trofi. Saya sangat gembira.”