Pertukaran Separuh Masa Kedua Portugal Memberikan Impak Positif
Dalam analisis kali ini saya akan cuba menekankan bagaimana pertukaran pada separuh masa kedua oleh jurulatih Portugal telah menyelamatkan Portugal.
[adrotate group=”2″]
Permulaan
Portugal bermain denga 4-3-3 dengan sistem false no.9. Pada separuh masa pertama , Nani menjadi false 9, manakala separuh masa kedua pula digalas Ronaldo.
Hungary bermain dengan sistem 4-2-3-1 dari awal sehingga akhir perlawanan,
Separuh Masa Pertama
Portugal Bermain Lebih baik Namun Tidak Ada Produk Akhir
Portugal mencipta lebih banyak pada separuh masa pertama, 8 peluang dicipta namun mereka cuma menjaringkan 1 gol. Pada separuh masa kedua mereka menjaringkan 2 gol daripada 6 peluang yang dicipta.
Terdapat isu dengan kualiti final passes mereka yang seringkali tidak terhubung dengan pemain serangan. Portugal lebih rigid pada separuh masa pertama.
Namun saya tetap memberikan kredit kepada gol Nani yang dicipta dengan hantaran berkualiti oleh Cristiano Ronaldo. Kiraly patut melakukan yang lebih baik untuk menyelamatkan bola itu.
Hungary tidak bertahan dengan baik pada separuh masa pertama. Zonal Marking mereka agak toleran dalam membenarkan asakan Portugal. Space organization Hungary agak teruk.
Jarak di antara pemain Hungary memudahkan Portugal untuk bergerak di celah celah pemain mereka. Ia sangat naif untuk bermain zonal marking cara ini berdepan pasukan yang ada kebolehan teknikal tinggi.
Jadi, saya lebih menekankan kegagalan Portugal untuk mendapat lebih banyak hasil daripada separuh masa pertama walaupun mereka mencatatkan 12 cubaan gol dan 5 daripadanya adalah cubaan tepat.
Pada separuh masa kedua, isu pertahanan yang tak terurus ini diperbaiki Hungary. Pemain mereka lebih menekankan isu compactness dan mengecilkan ruang serangan Portugal.
Separuh Masa Kedua
Perubahan Taktikal Portugal
Perkara pertama dilakukan Fernando Santos adalah menukarkan Ronaldo ke false 9 dan Nani ke kiri. Kemudian Portugal meningkatkan dinamik mereka di tengah dengan kemasukan Renato Sanchez yang membantu Joao Mario.
Kesannya, Portugal lebih laju dari segi pace dan urgencies.
Namun agak mengecewakan adalah komitmen para pemain Hungary yang sangat sederhana untuk memberikan lebih saingan.
Mereka tidak cukup komited dalam mengekang ancaman lebih awal dan tidak komited dalam pertarungan di udara apabila Portugal mula meningkatkan jumlah cross mereka.
3 kali Hungary mendahului dalam perlawanan ini. 3 kali mereka melepaskan bolos. Gol Nani adalah kerana poor space marking.
Gol kedua dan ketiga oleh Ronaldo adalah daripada cross dan sangat sedikit usaha dilakukan mereka untuk membendung keadaan seperti ini.
Kualiti crosses Portugal bukan dalam kualiti terbaik. Cuma 8 crosses mereka tepat daripada 24 cubaan. Taktik ini lebih kepada cuba mendapatkan hasil terbaik daripada kemampuan Ronaldo di udara apabila
Portugal melihat Hungary seakan akan tidak cukup preventive untuk menangangi crosses. Ini adalah chalkboard crosses yang dilakukan Portugal.
Portugal Intensif Tinggi Di Sebelah Kanan
Portugal berterusan menekan daripada arah kanan. 1 gol mereka pun hasil daripada ciptaan peluang dari kawasan ini.
Nani adalah inside forward di kiri pada separuh masa kedua. Jadi, opsyen untuk melakukan crosses sudah pasti lebih kepada pemain seperti Quaresma yang lebih komited untuk memberikan servis.
Namun taktikal ini sebenarnya ada kontra apabila Nani tidak banyak terlibat dengan aksi Portugal pada separuh masa kedua.
Nani adalah pemain terbaik mereka setakat ini sebelum Cristiano melakukan 1 assist dan 2 gol dalam perlawanan ini.
Ini adalah dua perbezaan jelas penglibatan Nani pada separuh masa pertama dan kedua.
Verdict
Ia adalah kemenangan yang lebih kerana individual brilliance oleh Cristiano Ronaldo yang menyelamatkan pasukan ini daripada ketinggalan sebanyak 3 kali.
Hungary pula mendapat 3 gol yang magis daripada Gera dan Dzsudzsak. Ia juga individual brilliance performance.
Dari segi taktikal, Portugal masih lagi ada kerapuhan di barisan pertahanan. Back 4 mereka terlalu lemah dalam duel dan juga pertarungan pace.
Secara taktikalnya, Portugal pasukan yang lebih baik. Namun akhirnya kedua dua pasukan memilih untuk mengakhiri permainan dengan cara pasif.
Masih banyak kerja rumah untuk Portugal berkaitan dengan improvisasi taktikal dan teamplay
Man Of The Match
Sudah pastilah ia milik Cristiano Ronaldo. Beliau terlibat dalam ketiga tiga gol (1 assist, 2 gol)Portugal dan ia adalah sumbangan penting untuk Portugal mara sebagai pasukan dari slot pasukan ke-3 terbaik.
Ia adalah kelegaan yang cukup besar untuk Ronaldo dan Portugal.
Statistik
[adrotate banner=”9″]