Pemilik PSG, Nasser Al-Khelaifi Dikenakan Pertuduhan Rasuah

Presiden PSG – Nasser Al-Khelaifi semalam telah dikenakan pertuduhan terlibat dalam rasuah. Salah laku itu berlaku ketika proses membida kejohanan olahraga dunia untuk 2017 dan 2019 – di Doha.

Al-Khelaifi yang juga merupakan pemilik siaran sukan BeIn Sports – mulai disiasat pada Mac lalu.

Seorang lagi rakan Khelaifi iaitu Youssef Al-Obaidly – CEO BeIn merangkap ahli Lembaga Pengarah PSG – juga dalam siasatan oleh mahkamah Perancis dalam rasuah yang membuatkan Qatar memenangi hak penganjuran pada 2019.

Doha tewas kepada London untuk undian memilih pengajur 2017. Namun selepas itu mereka memenangi hak penganjuran pada 2019. Pihak pendakwaan menyatakan ada unsur korupsi di dalam 2 proses bidaan.

Pada Mei lalu, Nasser Al-Khelaifi gagal menghadirkan dirinya dalam pendengaran kes tersebut.

Beberapa sumber di Perancis menyatakan, terdapat banyak bukti yang telah dikumpul pihak pendakwaan ke atas Nasser Al-Khelaifi.

Majistret juga meminta penjelasan ke atas 2 bayaran berasingan bernilai $3.5 juta pada 20011 oleh Oryx Qatar Sports Investment, syarikat yang dimiliki bersama Nasser dan abangnya Khalid.

Bayaran itu dilaporkan diterima oleh sebuah syarikat milik Papa Massata Diack. Ayah Papa Massata iaitu Lamine Diack merupakan bekas presiden IAAF.

Selain daripada kes ini, siasatan juga sedang dijalankan ke atas penganjuran Sukan Olimpik Rio de Janeir 2016 dan Tokyo 2020.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN