Cech Nafi Sudah Setuju Jadi Pengarah Sukan Chelsea, Fokus Utama Adalah Kejuaraan UEL

Beberapa hari lalu, beberapa media melaporkan bahawan Chelsea sudah melantik Petr Cech sebagai Pengarah Sukan mereka yang baharu.

Sejak beberapa minggu lalu, Chelsea dikatakan bakal menerima kepulangan Petr Cech ke dalam kelab mereka selepas persaraannya sebagai pemain. Cech menghabiskan kebanyakan masa karier beliau di Chelsea dan digelar legenda kelab tersebut.

Pemilihan Cech sebagai Pengarah Sukan adalah kerana Chelsea percaya akan kebolehan beliau serta hubungan Cech dengan para penyokong Chelsea.

Berita itu membuatkan para penyokong Arsenal kurang senang. Ini kerana secara tak langsung, Arsenal bakal menggunakan penjaga gol yang merupakan bakal Pengarah Sukan Chelsea.

Petr Cech merupakan pilihan utama Unai Emery untuk kempen UEL musim ini.

Ada penyokong Arsenal membuat teori, Cech mampu mengawal ‘takdir’ beliau sebagai Pengarah Sukan Chelsea, dengan cuba membantu kelab itu mara ke perlawanan Piala Super Eropah hanya dalam beberapa minggu selepas menjadi Pengarah Sukan Chelsea.

Beberapa undian dibuat oleh penyokong Arsenal menyatakan mereka mahukan Bernd Leno sebagai penjaga gol ketika final itu nanti.

https://twitter.com/PatrickTimmons1/status/1130926925499764737

Tidak lama selepas itu, Petr Cech tampil dengan penafian. Beliau menyatakan tiada sebarang persetujuan di antara beliau dan Chelsea berkaitan dengan jawatan Pengarah Sukan.

Cech sebagai seorang profesional hanya fokus kepada tugasannya bersama Arsenal pada ketika ini. Cech masih tidak membuat apa-apa keputusan tentang fasa seterusnya di dalam karier – selepas beliau bersara.

Cech menerusi twitter beliau berkata: “Walaupun ada beberapa laporan hari ini [Selasa lalu], saya sudah memberitahu kepada semua orang, bahawa saya hanya akan membuat keputusan tentang masa hadapan saya selepas perlawanan terakhir.”

“Kini, saya fokus sepenuhnya untuk memenangi Europa bersama Arsenal.”

Arsenal dalam misi mustahak untuk memenangi UEL bagi membolehkan mereka mara ke UCL pada musim hadapan.

Apa kata penyokong Arsenal? Adakah anda memilih Cech ataupun Leno untuk aksi final?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN