Sarri: Jika Final UEL Penentu Nasib Saya, Lebih Baik Saya Angkat Kaki Sekarang

Maurizio Sarri memberitahu pengurusan tertinggi Chelsea bahawa; jika final UEL ini menjadi penentu nasib beliau, lebih baik beliau angkat kaki segera.

Hal ini kerana menurut Sarri, tidak adil menilai hasil kerja beliau hanya dengan 1 perlawanan final. Sedangkan beliau telah melakukan banyak perubahan di Chelsea sepanjang 10 bulan di kelab tersebut.

Masa depan Sarri dengan Chelsea tiba-tiba menjadi tanda tanya. Ini selepas beliau dilaporkan tidak sehaluan dengan pemilik kelab Roman Abramovic.

Hubungan mereka lebih dingin apabila Sarri dikatakan mahu menurunkan pasukan kedua ketika perlawanan amal menentang New England Revolution.

Sarri diberikan amaran oleh Abramovich agar menurunkan kesebelasan bintang mereka – untuk menarik penonton hadir ke stadium. Menurut Abramovich perlawanan tersebut adalah untuk mengumpul dana membantu menentang segala bentuk diskriminasi ke atas komuniti Yahudi di seluruh dunia.

Abramovich dikatakan mengugut untuk memecat Sarri serta merta jika pengurus itu tidak mendengar arahannya. Sarri pula menyatakan perkara itu bakal memberikan kelebihan kepada Arsenal kerana para pemain Chelsea berhadapan dengan risiko kecederaan.

Dan malangnya Ruben Loftus Cheek benar-benar menghadapi kecederaan kerana perlawanan itu. Loftus Cheek antara pemain penting Sarri dalam kempen UEL musim ini.

Dalam sidang media dengan wartawan, Sarri menyatakan beliau sudah mencapai sasaran iaitu membawa Chelsea mara ke UCL. Dan Sarri masih tidak tahu sama ada beliau kekal ataupun tidak. Yang pasti Sarri berkata beliau sudah mencapai sasaran yang diamanahkan kepadanya.

Sarri: Lebih baik saya pergi kalau final jadi ukuran

Terbaru, Sarri mendengar wartawan menyatakan masa depan beliau dengan Chelsea bergantung kepada final UEL menentang Arsenal. Jika tewas beliau mungkin akan dipecat.

Sarri agak bengang dengan kenyataan itu dan menganggap ianya tidak masuk akal. Menurut Sarri, mustahil untuk menilai hasil kerja beliau hanya dalam 10 bulan ini.

“Kamu tidak boleh bekerja selama 10 bulan dan saya bermain untuk mempertaruhkan segalanya untu 90 minit [di final itu nanti]. Itu tidak betul.”

“Jika benar situasinya seperti ini [masa depan saya bergantung kepada perlawanan final ini], lebih baik saya tinggalkan kelab ini sekarang. Isunya sekarang, kamu gembira ataupun tidak dengan apa yang saya lakukan selama ini?”

Sarri menepis dakwaan beliau sudah menerima panggilan dari Juventus yang mahukan khidmat beliau.

“Saya masih 2 tahun baki kontrak. Saya tiada menghubungi mana-mana kelab lain. Selepas final nanti, saya akan bercakap dengan kelab saya. Saya nak tahu mereka gembira ataupun tidak dengan saya? Itu sahaja.”

Maurizio Sarri menegaskan beliau gembira di EPL dan menguruskan pasukan Chelsea.

“Anda semua tahu, saya sangat suka dengan EPL. Ianya liga paling penting di dunia, sangat teruja berada di sini. Namun buat masa ini, fokus kami hanyalah final UEL.”

“Saya gembira untuk kekal di EPL, Chelsea salah sebuah kelab terpenting di EPL. Namun normallah, kamu akan berbincang dengan kelab kamu untuk beberapa situasi.”

Sarri menafikan bahawa corak permainan yang beliau cuba terapkan di Chelsea sebagai tidak relevan.

“Saya tidak faham kenapa? Apa masalah dengan bola sepak yang saya mahukan? Saya rasa dalam 2 musim terakhir ini Man. City memenangi segalanya. Dan mereka bermain dengan corak permainan yang bukanlah sama dengan kami, tetapi ianya ada persamaan. Jadi, saya rasa gaya permainan saya boleh dimainkan di England.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN