Keisuke Honda Umum Keluar Daripada Melbourne Victory

Kelab A-League, Melbourne Victory hari ini mengesahkan bintang bola sepak Jepun, Keisuke Honda bakal meninggalkan kelab tersebut selepas perlawanan menentang Sanfrecce Hiroshima dalam saingan AFC Champions League pada minggu ini.

Honda yang telah bersara daripada pentas antarabangsa susulan kekalahan memilukan Jepun kepada Belgium pada Piala Dunia Russia tahun lepas, melabelkan Melbourne Victory sebagai kelab terbaik di Australia.

“Saya bangga dapat peluang bermain di Australia bersama Melbourne Victory. Saya melangkah keluar daripada kelab ini untuk mencari cabaran seterusnya namun saya tidak akan lupakan masa saya bersama kelab ini. Saya doakan semoga mereka berjaya,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan kecederaan hamstring yang dialaminya merupakan punca utama beliau membuat keputusan untuk keluar daripada kelab tersebut selepas gagal beraksi dalam 9 perlawanan. Sepanjang beraksi di A-League, Honda telah menjaringkan 8 gol dalam 23 penampilan.

Bagaimanapun, beliau yang mempunyai pengalaman bermain di Belanda, Russia dan Mexico masih belum menentukan destinasi yang seterusnya. Kemungkinan besar beliau akan gantung but dan kembali menjalankan tugasnya sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Kemboja.

“Keisuke merupakan seorang pemain yang sangat profesional. Kami begitu bertuah dalam menggunakan khidmat beliau pada musim ini.

“Sikapnya semasa berada di dalam dan luar padang sangat mengagumkan dan sentiasa menjadi inspirasi kepada kelab. Kami ingin mengucapkan terima kasih di atas perkhidmatan beliau dan mendoakan semoga beliau berjaya di masa hadapan,” kata kenyataan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Melbourne Victory, Trent Jacobs.

Selain Honda, pengurus merangkap ketua jurulatih Melbourne Victory, Kevin Muscat turut meninggalkan kelab tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN