AFCON 2019: John Obi Mikel Dipanggil Bagi Perkuatkan Skuad Nigeria

Pasukan disegani di Afrika, Nigeria telah mula membuat persiapan bagi menghadapi Kejohanan Negara-Negara Afrika. Ketua jurulatih mereka, Gernot Rohr telah menyenaraikan pemain yang terpilih bagi Nigeria.

Mereka diminta untuk menyertai kem latihan pusat yang bermula pada 2 Jun. Sebelum bertolak ke Mesir, Nigeria akan menentang Zimbabwe untuk satu perlawanan persahabatan.

Kembali

VOLGOGRAD, RUSSIA – JUNE 22: John Obi Mikel of Nigeria looks on during the 2018 FIFA World Cup Russia group D match between Nigeria and Iceland at Volgograd Arena on June 22, 2018 in Volgograd, Russia. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Pemain veteran, John Obi Mikel dipanggil dalam skuad Nigeria untuk kempen AFCON 2019. Kelab terakhir Mikel ialah Middlesbrough yang berada dalam divisyen dua England.

Middlesbrough bagaimanapun tidak dapat memasuki zon play-off EFL Championship musim ini.

Mereka menduduki tangga ketujuh dalam carta, kurang 1 mata dengan Derby County.

Sebelum ini, Mikel pernah menjadi kapten Nigeria dalam Piala Dunia 2018 di Rusia.

Wakil dari Eropah

Selain itu, ada beberapa pemain Nigeria yang berpangkalan di Eropah turut disenaraikan untuk menyarung jersi pasukan itu.

Antaranya, Alex Iwobi (Arsenal), Kelechi Iheanacho (Leicester) dan Wilfred Ndidi (Leicester). Duo Chelsea iaitu Ola Aina dan Kenneth Omeruo turut dipanggil.

Aina dipinjamkan semusim ke Torino pada musim yang baru berakhir. Manakala Omeruo pula dipinjamkan ke Leganes, sebuah kelab Sepanyol.

Bekas pemain Watford, Odion Ighalo juga disenaraikan oleh Rohr. Kini Ighalo beraksi dalam saingan Liga Super China dengan menyaksikan beliau beraksi untuk Shanghai Shenhua.

Kempen Nigeria

Sebelum AFCON bermula, Nigeria akan menghadapi satu lagi perlawanan persahabatan menentang Senegal. Perlawanan itu diadakan pada 16 Jun.

Nigeria akan memulakan perjalanan AFCON edisi kali ini dengan menentang Burundi dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B. Kemudiannya, perlawanan kedua Kumpulan B pula menyaksikan Nigeria akan menentang Guinea.

Madagascar merupakan pasukan terakhir akan ditentang Super Eagels untuk penutup aksi Kumpulan B.

Nigeria tidak layak untuk AFCON edisi 2017 walaupun mereka 3 kali dinobatkan sebagai juara. Adakah kehadiran Mikel membantu menaikkan motivasi mereka?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN