K. Devan Gembira Dengan Jaringan ‘Berkat Ramadhan’ Safee Sali

Safee Sali, PJ City FC

Kali terakhir penyerang ikonik negara, Safee Sali meledak gol adalah ketika PJ City FC berjaya mengikat Pahang dalam aksi minggu ke-8 Liga Super Malaysia (MSL) dengan keputusan 1-1 di Stadium Darul Makmur – kira-kira lebih sebulan yang lalu.

Akhirnya, lewat malam tadi, penyerang berpengalaman itu menjadi wira pasukannya apabila jaringannya di penghujung aksi telah membantu menewaskan Kuala Lumpur serta meneruskan rentak kemenangan kepada 3 perlawanan berturut-turut.

PJ City meraih kemenangan tipis 1-0 Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Safee Sali masuk menggantikan Serginho pada minit ke-80 dan memerlukan 10 minit untuk meledak gol keduanya dalam saingan liga selepas kali pertama melakukannya ketika menentang Pahang.

Barangkali berpuas hati dengan tindakannya memasukkan Safee Sali untuk memburu gol kemenangan, pengendalinya, K. Devan meluahkan rasa gembiranya dengan tiga mata berharga tersebut.

“Kita berjaya menghasilkan gol setelah saya mengambil risiko untuk mengeluarkan seorang pemain tengah dan memasukkan Safee Sali sebagai penyerang ketiga dan beliau menjaringkan gol.

“Saya gembira untuk Safee Sali kerana beliau menjaringkan gol kemenangan yang begitu bermakna pada malam ini dan kita mendapat tiga mata. Juga, pujian kepada semua pemain PJ City,” ujar K. Devan dalam sesi post-match reaction di iFlix.

Safee Sali, PJ City FC
FOTO: iFlix

Sementara Safee Sali pula yang turut ditemubual dalam sesi yang sama meluahkan rasa syukur dan menyatakan golnya tersebut mungkin adalah satu keberkatan dalam bulan Ramadhan.

“Mungkin ini adalah satu keberkatan dalam bulan Ramadhan dan kita berusaha keras dalam latihan untuk memperbaiki kedudukan liga. Jadi, alhamdulillah. Semua bekerja keras dan memang Kuala Lumpur memberi saingan dari awal permainan.

“Mereka memperlahankan rentak permainan kami tetapi kami cuba dan terus mencuba dan alhamdulillah kami dapat membawa pulang tiga mata,” jelas penyerang berusia 35 tahun itu lagi.

Kemenangan ketiga berturut-turut The Pheonix ini meletakkan mereka di kedudukan ke-7 liga dengan 17 mata berkongsi mata bersama Perak yang akan turun beraksi pada malam nanti. Mereka berpotensi dipintas Terengganu FC yang juga akan turun beraksi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN