Previu MSL 2019: MU & Kedah Miliki Misi Sama Rebut Empat Tempat Teratas

Jika saingan pada awal musim diambil kira, Kedah bermula dengan baik dan kelihatan selesa berada di kelompok atasan Liga Super Malaysia (MSL 2019) – jika perbandingan dilakukan dengan Melaka United.

Namun memasuki saingan pada minggu ke-14 ini, keadaan jelas sudah berubah. Kedua-dua pasukan kini terikat dengan 19 mata, menjelang pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Darul Aman pada malam ini.

Fernando Rodriguez, Kedah
FOTO: Kedah FA

Kekalahan 3-1 kepada Selangor pada pertengahan minggu menyaksikan Kedah menduduki tangga keempat. Namun ia bukan kedudukan yang selesa – apatah lagi dengan momentup positif oleh anak buah Zainal Abidin Hassan yang kini tidak tewas dalam empat perlawanan terdahulu.

Kejayaan membelasah Felda United 6-0 baru-baru ini paling dikenang dengan hatrik oleh penyerang import, Luka Milunovic – yang dipanggil dari pinjaman ke Sabah.

FOTO: Melaka United

Kedah mungkin tampak longlai ketika tewas kepada Selangor baru-baru ini.

Namun jika Aidil Shahrin mahu optimis, ia pastinya adalah kerana penyerang import, Jonathan Bauman yang kini berada di prestasi terbaik dengan lapan gol dari empat perlawanan terdahulu dalam semua pertandingan.

Beraksi di tempat sendiri juga mungkin kelebihan buat Kedah, dengan sokongan padu dari penyokong sendiri pasti ditagih dalam perlawanan ini.

Fakta menarik

  • Kedah tidak tewas dalam semua 11 perlawanan terakhir di Stadium Darul Aman dalam semua pertandingan.
  • Kedah telah menjaringkan 12 gol dari lima perlawanan terakhir mereka di tempat sendiri, dan pada masa yang sama hanya dibolosi empat gol
  • Melaka United gagal mencatat sebarang kemenangan dari enam perlawanan di tempat lawan sebelum ini.
  • Melaka United hanya menjaringkan empat gol dari lima perlawanan di tempat lawan sebelum ini.
  • Melaka United menang tiga dari lima pertemuan menentang Kedah di semua pertandingan.

Pemain tumpuan

Seperti yang dinyatakan di atas, Jonathan Bauman merupakan pemain tumpuan buat pasukan tuan rumah untuk menghasilkan jaringan. Gandingan beliau bersama Fernando Rodriguez di bahagian serangan pada musim ini berjaya menghasilkan 11 gol setakat ini.

FOTO: MFL

Namun demikian, bahagian pertahanan juga perlu diberikan perhatian oleh Aidil Shahrin untuk mengelakkan kesilapan-kesilapan mudah.

Di kem Melaka United, ketibaan Luka Milunovic seakan-akan memberikan nafas baharu buat skuad kendalian Zainal Abidin Hassan, dan ketajaman seperti yang ditampilkan dalam perlawanan menentang Felda pasti ditagih sekali lagi pada malam ini.

Rekod pertemuan

  • 21hb April 2019 Melaka 1-0 Kedah (MSL)
  • 10hb Julai 2018 Melaka 4-1 Kedah (MSL)
  • 1hb Jun 2018 Kedah 0-2 Melaka (MSL)
  • 29hb Julai 2017 Melaka 2-6 Kedah (PM)
  • 11hb Julai 2017 Melaka 2-4 Kedah (MSL)

Ramalan Semuanya BOLA

Tidak boleh dinafikan pertembungan kedua-dua pasukan merupakan perlawanan tumpuan pada minggu ini. Perlawanan dijangka berlangsung dengan sengit, dengan ketajaman penyudah jentera serangan kedua-dua pasukan pasti menjadi tumpuan.

Adakah kita akan menyaksikan jumlah jaringan yang banyak di Alor Setar pada malam ini?

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

#FMONIFLIX

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun.

Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan previu-previu menarik sebelum perlawanan bermula. Terus setia bersama kami di Semuanya BOLA!

.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN