Melaka United Pinjamkan Casagrande Ke Pulau Pinang

Casagrande, Melaka United

Mungkin bukan rezekinya untuk beraksi di Liga Super Malaysia (MSL) apabila Melaka United pada Khamis lalu mengumumkan yang Anselmo Casagrande telah dilepaskan secara pinjaman dalam sesi jendela perpindahan kedua yang sedang rancak berjalan kini.

Musim ini merupakan musim pertamanya merasai aksi di kancah Liga Super dan dalam 11 penampilan bersama Melaka United, pemain berasal daripada Brazil itu telah menyumbang dua gol dalam aksi liga iaitu ketika menentang PJ City FC dan Kedah.

Namun, kerana merasakan sumbangnya itu mungkin tidak sepadan dengan tanda nilainya sebagai pemain import, skuad Hang Tuah akhirnya memutuskan untuk mencari pengganti buatnya dan Casagrande dipinjamkan ke skuad Liga Premier, Pulau Pinang.

Mungkin hubungan baik ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan yang pernah membimbing Pulau Pinang pada musim lalu telah membantu merealisasikan perpindahan ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Farhan Ibrahim dan memetik laporan daripada Berita Harian, Farhan menyatakan yang pemain tersebut pastinya akan berjaya bersama Pulau Pinang.

“Bagaimanapun, saya yakin pemain berusia 32 tahun yang pernah beraksi bersama Kuala Lumpur selain rekod cemerlangnya meledak dua gol ketika menewaskan kelab Warriors FC dari Singapura pada pra musim dan penjaring terbanyak Liga Premier bersama Felcra FC 2018 bakal gah bersama pasukan baharunya,” ujarnya.

Casagrande, Felcra FC
FOTO: Metro/Mohd Asri Saifuddin Mamat

Casagrande telah beraksi buat kali terakhir bersama Melaka United ketika mereka meraih kemenangan bergaya 6-0 ke atas Felda United minggu lalu – dan telah digantikan pada minit ke-23.

Dalam pada itu, penyokong Pulau Pinang dilihat menyambut baik kehadiran penyerang tinggi lampai ini dengan mengharapkan kehadirannya akan kembali memperbaiki prestasi pasukan.

Pulau Pinang ketika ini berada di kedudukan ke-8 liga dengan 12 mata dan hanya dipisahkan 3 mata daripada 2 pasukan di atasnya iaitu Selangor United dan PDRM FA serta 2 mata daripada kelompok bawahan liga iaitu UKM FC, Sarawak dan Kelantan.

Casagrande masuk menggantikan penyerang import, Ndumba Makeche yang gagal mempamerkan sengat di jentera serangan Harimau Kumbang dengan hanya 3 gol telah dihasilkannya.

Ini merupakan pemain kelima yang telah direkrut oleh pengendali baharu Pulau Pinang, Manzoor Azwira dan yang kedua daripada Melaka United selepas Wan Mohd Syukri Wan Ahmad.

Kredit Featured Image: Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN