Kejuaraan Eredivisie Ke-34 Ajax Amsterdam Istimewa Khas Untuk Nouri Abdelhak

Kejayaan Ajax menjuaraai Eredivisie musim ini telah didedikasikan kepada Nouri Abdelhak. Ianya kejuaraan ke-34 Ajax dan juga secara kebetulan jersi Nouri Abdelhak adalah 34.

Jika beliau masih beraksi di atas padang, Nouri pastinya menjadi salah seorang watak penting dalam Ajax yang ada hari ini. Pasukan muda yang menjuarai semula Eredivisie dan kemudian mara sehingga ke separuh akhir UCL – menyingkirkan Real Madrid dan Juventus.

Satu ketika dahulu Nouri Abdelhak pernah memasang impian untuk bermain dalam UCL dan mara sejauh mungkin bersama Ajax.

Itulah Nouri Abdelhak. Pemain yang sentiasa bercita-cita besar di dalam kariernya. Rakan baiknya, Donny Van De Beek antara yang sangat faham dengan perangai Nouri.

https://twitter.com/FutbolBible/status/1118469151834513409

Perginya sebutir permata

Kisah sedih melanda dunia bola sepak apabila pemain muda berusia 20 tahun mengalami kerosakan di bahagian otak. Dan beliau koma. Ajax membuat pengumuman bahawa Nouri Abdelhak tidak akan bermain bola sepak lagi.

Nouri mengalami hantukan teruk ketika perlawanan persahabatan menentang Werder Bremen.

Para peminat bola sepak dari seluruh dunia mendoakan kesembuhan Nouri. Luis Suarez antara bintang yang memuat naik gambar beliau dan Nouri ketika pemain itu masih kecil.

https://twitter.com/FutbolBible/status/1113094451981963264

Nouri Abdhelhak merupakan antara pemain muda menyerlah dalam ‘batch’ beliau. Era yang memiliki nama seperti Donny Van De Beek dan Matthijs De Ligt.

Nouri pemain dan insan yang hebat

Nouri menyertai program akademi Ajax dan belajar di Calvijn College. Salah satu program khas oleh Ajax dalam membantu para pemain remaja mereka bermain bola sepak dan membangunkan akademik.

Menurut Pengarah Kolej Calvijn – Jolanda Hogewind, Nouri seorang pelajar yang bijak. Beliau suka membantu rakan-rakannya yang lain di dalam kelas. Antaranya mencadangkan kepada Pengerusi – idea memberikan ipad kepada setiap pelajar di dalam kolej tersebut.

Sehingga ke hari ini, nama Nouri Abdelhak terus dikenang di kolej tersebut. Antara kenangang yang Jolanda Hogewind tidak akan lupa ketika Nouri dan Hakim Ziyech berkenan untuk menyampaikan sijil diploma kepada pelajar yang menghadiri kursus pengadil.

“Setahun selepas itu, beliau diterima masuk ke dalam pasukan utama Ajax. Dan saya meminta beliau menghantar satu video untuk kami ucapkan tahniah. Sebenarnya beliau tidak perlu melakukannya, mungkin ia agak menyusahkan. Tetapi Nouri tetap menghantar video beliau kepada kami,” tambah Jolanda lagi.

Jolanda mendedahkan Nouri seorang yang mesra dan sanggup meluangkan masa untuk berbincang dengan sesiapa sahaja.

“Jika kamu tanya Abdelhak tentang bola sepak, sudah pastinya beliau boleh bercerita bila-bila masa. Namun begitu, jika kamu bertanya sesuatu selain bola sepak, misalnya tentang agama, beliau sangat terbuka.”

“Ramai pemain-pemain dari Ajax yang hampir mendapat kontrak profesional – kadangkala sukar untuk berkomunikasi dengan mereka kerana ada antara mereka berperasaan ‘saya big boy’ dalam kolej ini.”

“Namun bukan Abdelhak, beliau bukan seperti itu. Tiada kesombongan walau sedikit pun. Beliau akan sentiasa mendengar apabila kamu bercakap, dan mendengar apa sahaja cerita kamu.”

Ketika Nouri bertarung nyawa di hospital, Jolanda dan para pelajar lain telah menghantar lebih 500 poskad yang megandungi mesej sokongan, doa dan pelbagai lagi. Mereka semua sangat emosi kerana Nouri sangat dekat di hati semua orang di kolejnya – termasuk dengan para pelajar baharu.

Doktor tidak putus harapan. Mereka yakin Nouri akan sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa. Semua orang tidak putus harapan dan terus cuba melakukan apa termampu.

Selamanya dalam ingatan

Seluruh peminat bola sepak meratapi pemergian beliau daripada lapangan bola sepak terutama sekali Ajax Amsterdam.

Beberapa rakannya telah menggunakan jersi no.34 sebagai penghormatan kepada Nouri. Banyak lagi penghormatan diberikan oleh bintang bola sepak dari seluruh dunia dan peminat kepada Nouri Abdelhak.

34

Ajax menjuarai Eredivisie pada 2018/19 dan mereka mendedikasikannya kepada Nouri Abdelhak. Wajah Nouri dicetak dengan no.34 di lengan baju mereka. Keluarga Nouri dijemput untuk meraikan kejuaraan tersebut bersama-sama para pemain lain.

https://twitter.com/TheRenderSports/status/1129065714671849472

Kapten muda Ajax, Matthijs De Ligt dalam ucapan beliau berkata: “Amsterdam, Ajacieden! Kami dedikasikan kejuaraan ini kepada Nouri, kepada Nouri Abdelhak kita. Ini untuk kamu!”

https://twitter.com/ajaxtimes/status/1129358681127182337

Tahniah Ajax di atas kejayaan ke-34 anda. Dan untuk Nouri Abdelhak 34, selamanya dalam ingatan kami semua. Kemungkinan antara bakat terbaik yang tidak pernah kami saksikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN