Jose Mourinho menyebut bahawa beliau kecewa dengan ballboy di Man. United. Beliau seakan akan mengungkit kembali beberapa detik beliau menghalang ataupun memaksa ballboy (budak milo) Old Trafford – yang kerap bertindak pantas atau lambat tak kena tempat.
Menurut Mourinho, ada ketika budak Milo harus tahu mereka perlu cepat dan ada kalanya perlu melambatkan pemberian bola kepada para pemain.
Ketika aksi Liverpool menentang Barcelona di Anfield, budak milo bernama Oakley Cannonier – yang merupakan pemain akademi Liverpool bertindak pantas memberikan bola kepada Trent Alexander Arnold. Ia menjadi asas penting kepada gol ke-4 Liverpool.
Staf kejurulatihan Jurgen Klopp mendapati Barcelona kerap terleka pada fasa sepakan penjuru. Itu yang berlaku dalam perlawanan pertama.
Mereka akan mengambil sedikit masa untuk menyusun pertahanan. Namun kredit kepada Trent Alexander Arnold yang melihat di mana kedudukan Origi. Bahkan pemain itu sendiri pada awalnya seakan-akan tak sedar akan ruang yang beliau miliki.
Mourinho dahulu pernah bertengkar dengan budak Milo di Old Trafford Kerana tak mahu budak itu memberikan bola terlalu cepat.
Dan beliau menyatakan di kelab lamanya – Manchester United isu itu tak dipandang serius. Sedangkan ia merupakan salah satu daripada kelebihan bermain di tempat sendiri.
Mourinho juga memberikan penghargaan ke atas kejurulatihan Liverpool yang memandang serius isu itu.
“Saya dahulu pernah mengendalikan satu kelab ini. Dan mereka tidak pernah faham akan kepentingan budak Milo ini.”
“Anda perlu pastikan ballboy anda cakna dan tahu bila masa anda mahukan lontaran segera. Bola perlu tiba cepat. Bahkan pada fasa kamu mendahului, kepantasan juga penting termasuk ketika sepakan gol. Dalam perlawanan yang pantas [seperti Liverpool vs Barcelona], ball boys antara struktur penting dan mereka boleh memainkan peranan mereka.”
“Saya pernah menjadi budak Milo. Seorang budak Milo terbaik. Saya ketika itu akan terus meletakkan bola di atas penjuru untuk sepakan penjuru supaya pemain tak perlu mengambil masa untuk meletakkannya.”
“Saya tahu siapa pemain yang mengambil sepakan penjuru dan saya tahu di mana kedudukan bola di atas semi bulatan yang mereka mahukan. Jika dia pemain kidal, saya tahu di mana bola yang mereka mahukan.”
“Ramai orang tak tahu dalam kelab bola sepak sebenar, mereka memperincikan setiap maklumat dan sangat penting. Dalam perlawanan ini, budak itu sangat bijak, sangat hebat. Saya tidak tahu sama ada beliau pemain akademi ataupun tidak. Namun beliau tahu apa yang perlu dilakukan.”
“Alexander-Arnold pula membaca keadaan dengan snagat baik. Pemain muda, final UCL, keletihan, minit ke-80 perlawanan. Saya selalu berkata, pemain yang baik, apabila mereka di dalam padang mereka nampak segalanya dengan jelas. Dan Arnold nampak semua itu.”.
“Dan Origi, dalam situasi ini sudah pasti beliau berpotensi menolak bola itu tinggi. Bola itu sukar walaupun ia nampak mudah. Barcelona bermain sistem pertahanan hibrid, ada yang zonal marking dan ada yang man marking. Namun gol itu saya pun sukar nak jelaskan apa yang sebenarnya dilakukan Barcelona.”
Teringat pula kami kepada aksi budak milo Selangor dahulu.