Kecewa Dengan Keputusan FIFA, Chelsea Heret Kes Ke Mahkamah CAS

Chelsea mengesahkan bahawa mereka akan merujuk kes rayuan FIFA terhadap pergantungan daripada aktiviti pembelian pemain selama dua jendela perpindahan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Kelab London tersebut tekad berbuat demikian setelah rayuan akhir mereka untuk menafikan pergantungan tersebut dinafikan oleh badan induk bola sepak dunia itu.

Dalam rayuan kepada CAS, Chelsea akan memohon segala arahan pergantungan pembelian pemain untuk dibekukan buat sementara – sehingga kes tersebut diputuskan oleh CAS.

Chelsea dihukum oleh FIFA selepas melanggar peraturan pembelian pemain muda – bawah umur – dan telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.

“Kami amat kecewa kerana keputusan pergantungan pembelian pemain untuk dua jendela perpindahan telah dikekalkan.

“Chelsea tidak bersetuju dengan keputusan oleh komiti rayuan [FIFA]. Ia tidak dilakukan berdasarkan peraturan yang relevan dan [Chelsea] akan membawa kes ini kepada CAS.”

Satu-satunya kelonggaran yang diberikan oleh FIFA selepas rayuan ialah untuk membenarkan Chelsea membawa masuk pemain di bawah umur 16 tahun.

Dengan membawa kes ini ke mahkamah, Chelsea dilihat berharap pergantungan tersebut akan dibekukan sementara, sehingga mereka menunggu keputusan akhir oleh CAS.

(Photo by Julian Finney/Getty Images)

Selain daripada tidak dibenarkan membawa masuk pemain di dua jendela perpindahan, FIFA turut mendenda Chelsea sejumlah £460,000. Badan induk bola sepak dunia itu berpendapat kelab London tersebut tidak menghormati peraturan pertandingan berkaitan perpindahan pemain di bawah umur.

CAS adalah badan tertinggi di dalam proses rayuan atau pendakwaan di dalam sukan. Ia merupakan satu-satunya badan yang boleh mengubah keputusan mana-mana persatuan dan badan sukan termasuk oleh FIFA dan ahli-ahli gabungannya untuk keadilan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN