Pemain tengah Chelsea, Ruben Loftus-Cheek mengesahkan bahawa beliau akan kekal di Stamford Bridge pada musim depan.
Menerusi laporan The Sun, pemain berusia 23 tahun itu berkata, beliau akan kekal bersama Chelsea sambil mengharapkan agar pihak kelab bersetuju untuk memperbaharui kontrak beliau.
Laporan tersebut juga mengatakan bahawa pihak Chelsea sudah bersedia mengadakan rundingan mengenai tawaran kontrak baru kepada Loftus-Cheek, dimana kontrak sedia ada akan berakhir pada tahun 2021.
Loftus-Cheek bercakap dalam sidang media sebelum perlawanan kedua separuh akhir Liga Europa bertemu Eintracht Frankfurt.
“Ia kelihatan baik, jadi tidak ada sebab mengapa saya perlu memikirkan untuk meninggalkan Chelsea.”
Beliau menambah, “Jika saya mendapat kenaikan gaji, itu adalah sesuatu yang sangat bagus!”
Sejak Maurizio Sarri tiba di Chelsea pada Julai 2018, nama Loftus-Cheek sering diketepikan.
Sarri lebih gemar menurunkan Ross Barkley ataupun pemain pinjaman Real Madrid iaitu Mateo Kovacic untuk bergandingan bersama N’Golo Kante.
Keadaan itu mula mencetuskan pelbagai tanggapan daripada banyak pihak, sehingga ada yang mengesa agar Loftus-Cheek berpindah secara pinjaman pada Januari lalu demi kariernya.
Bagaimanapun sejak kebelakangan ini, Loftus-Cheek dilihat berjaya memecah dominasi pemain bintang yang sebelum ini menjadi pilihan Sarri.
Beliau kerap kali diturunkan dan hasilnya cukup memuaskan.
“Ia adalah perasaan yang baik bila dapat merasa seperti pemain penting untuk pasukan. Saya telah berbual dengan [Maurizio] Sarri ketika saya kembali dari Piala Dunia kerana saya tidak pasti jika saya akan dipinjamkan lagi atau tidak. Ini memberi saya keyakinan untuk melangkah jauh dan teruskan bermain.”
Menang sebagai pemain utama
Dilaporkan bahawa Chelsea akan turun tanpa khidmat Kante berdepan Eintracht Frankfurt, esok.
Ruben Loftus-Cheek completed nine take-ons against Eintracht Frankfurt, no player has completed more in a #UEL or #UCL knock-out match this season.
Dancing in Deutschland. 🕺 pic.twitter.com/KOGlcKH8nH
— Squawka (@Squawka) May 2, 2019
Mengulas mengenai perlawanan tersebut, Loftus-Cheek berkata:
“Saya tidak melihatnya sebagai satu tekanan [tanpa Kante] Saya akan cuba membantu pasukan untuk menang. Kami akan berusaha bersungguh-sungguh untuk esok.
“Saya telah memenangi sesuatu dengan Chelsea sebelum ini, tetapi tidak pernah merasakan diri sebagai pemain utama. Saya kerap diturunkan dalam aksi Liga Europa pada musim ini.”
“Semestinya ini ada perbezaan, saya rasa saya telah banyak membantu pasukan,” kata pemain tengah England itu.