Previu MSL 2019: PJ City Miliki Keyakinan, Tok Gajah Mahu Elak Musibah

Empat perlawanan akan berlangsung pada hari ini untuk inggu ke-12 saingan Liga Super Malaysia (MSL) 2019. Minggu ke-12 juga bermakna bermulanya pusingan kedua MSL2019.

Tatkala jendela perpindahan kedua sudah dibuka dua hari yang lalu, antara yang menjadi perhatian sudah tentu sekiranya ada nama-nama baru yang dibawa masuk untuk memperkukuhkan skuad sedia ada.

PJ City FC punyai keyakinan

Sebelum ini PJ City sudah membuktikan mereka mampu mencabar sesiapa sahaja – walaupun pasukan segah Pahang yang masih belum tewas sepanjang 11 perlawanan yang lalu. Malah PJ City FC kendalian K. Devan adalah salah satu pasukan selain Selangor yang berjaya mencuri mata dari Stadium Darul Makmur dalam pertemuan pada minggu ke-8 saingan MSL yang lalu.

FOTO: PJ City FC

Beraksi di gelanggang sendiri dalam perlawanan malam ini, tidak ada sebab PJ City FC tidak berani untuk memberikan ancaman serupa, atau datang dengan misi untuk menumbangkan Tok Gajah buat kali pertama musim ini.

Pahang mahu elak kesilapan mudah

Pahang adalah pasukan yang belum tewas musim ini selain daripada JDT. Namun harus diakui mereka harus beraksi lebih baik dalam beberapa perlawanan lain sepanjang pusingan pertama yang lalu. Antaranya ialah ketika sekadar seri menentang PJ City di Kuantan.

Tewas 2-1 dalam perlawanan pertama suku akhir Piala FA baru-baru ini juga sedikit sebanyak membuatkan anak buah Dollah Salleh tersentak. Menentang PJ City yang jelas tidak gentar untuk menghadapi mana-mana pasukan pun – walaupun beraksi pada musim pertama di MSL – kesilapan-kesilapan mudah, khususnya di benteng pertahanan harus dielakkan dari berlaku.

Perancangan pasukan

Pahang berkemungkinan besar akan terus turun tanpa khidmat Safuwan Baharuddin di bahagian tengah dan Dickson Nwakaeme di jentera serangan yang sedikit sebanyak akan merencatkan perancangan Dollah Salleh. Tetapi Pahang tidak mempunyai masalah pemain di posisi tersebut.

Di bahagian tengah, Wan Zaharulnizam boleh digunakan untuk bergandingan dengan Azam Azih. Khidmat Norshahrul Idlan Talaha juga dilihat sebagai pengganti terus kepada Nwakaeme sekiranya kedua-dua pemain masih belum pulih dari kecederaan masing-masing. Gandingan Herold Goulon dan Muslim Ahmad akan terus menjadi tunjang kepada benteng skuad Tok Gajah. Namun M.Sumareh dan Ze Love harus lebih efektif di depan untuk mengelakkan pasukan dari tertekan.

FOTO: Pahang FA

PJ City FC skuad kendalian K. Devan adalah pasukan yang unik, kerana menjadi satu-satunya pasukan yang berani menggunakan sistem tiga pemain pertahanan pada pusingan pertama yang lalu. Sistem ini membenarkan dua pemain sayap untuk membantu bahagian pertahanan, untuk membentuk rangkaian lima pemain di bahagian belakang ketika bertahan.

Di jentera serangan, gandingan Serginho – Pedro Henrique – Safee Sali pula menjadi tumpuan. Namun skuad kendalian K. Devan harus lebih klinikal dan memanfaatkan setiap peluang yang hadir sekiranya mengimpikan kejutan dalam perlawanan ini.

FOTO: PJ City FC

Rekod pertemuan

  • 21hb Mac 2015 Pahang 2-1 PJ City (Piala FA)
  • 8hb April 2019 Pahang 1-1 PJ City (MSL)

Ramalan SemuanyaBOLA

Sukar untuk meramalkan perlawanan ini dari segi jumlah jaringan. Di atas kertas, Pahang memiliki skuad yang lebih baik dari segi teknikal. Namun taktikal K. Devan ketika berhadapan dengan pasukan-pasukan gergasi tidak seharusnya dipandang ringan.

Perlawanan sebegini wajib dimenangi oleh Pahang, sekaligus memberikan mereka lebih tekanan berbanding PJ City FC. Ia wajib dimenangi untuk memastikan mereka terus konsisten mengekori pendahulu, JDT yang beraksi di Jengka pada malam ini.

Bagi PJ City, setiap perlawanan adalah penting kerana perlu mengutip sebanyak mungkin mata – demi mengekalkan mereka di saingan MSL pada musim hadapan.

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun. Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan previu-previu menarik sebelum perlawanan bermula. Terus setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN