Bekas pengurus Manchester United yang digelar The Chosen 1 satu ketika dahulu – David Moyes – menyatakan bahawa pasukan itu sukar untuk membangun terus ke hadapan seperti pasukan lain selepas memecat beliau.
Manchester United memecat Moyes pada April 2014. Beliau menggantikan Sir Alex Ferguson – yang ketika itu meninggalkan Man. United sebagai juara England.
Malangnya, hanya 10 bulan di Old Trafford, David Moyes dipecat selepas gagal memberikan sebarang trofi dan juga gagal mara ke UCL.
Man. United kemudian bergelut dengan prestasi untuk menjadi pencabar liga sejak 5 tahun daripada pemecatan itu. Selepas Moyes, Man. United melantik Louis Van Gaal dan Jose Mourinho.
Moyes menjelaskan dengan segala wang yang diberikan kepada pengurus selepas beliau, ironinya pada hari ini Man. United kini 27 mata di belakang pendahulu Liga – yang juga seteru sebandar mereka – Man. City.
Moyes berkata: “Rasanya sejak saya dipecat, mereka berada dalam keadaan sekarang ini, tiada banyak pun perbezaanya.”
“Ketika saya mengambil alih, saya memerlukan sedikit masa untuk menukar keadaan serta membangkitkan para pemain. Semua itu perlukan masa.”
“Saya rasa, dalam 4 atau 5 tahun selepas saya dipecat, Manchester United mungkin tidak banyak berubah. Ianya seperti sama seperti dahulu – mereka masih menyatakan yang mereka perlu berubah dan beberapa perkara harus diselesaikan.”
David Moyes menyatakan beliau sangat terkesan ketika dipecat oleh Manchester United. Moyes berkata: “Kali terakhir saya menangis dalam hidup adalah ketika dipecat oleh Manchester United.”
Manchester Unite kini cuba mengejar 4 teratas dalam EPL untuk memastikan ada malam UCL di Old Trafford pada musim hadapan.